Jika sebelum ini pendapatan pengayuh beca pun sudah tidak seberapa, namun sejak PKP, keadaan mereka menjadi semakin teruk. Itu yang diluahkan oleh pengayuh beca, Mansor Saadan, 68 dari Kota Bharu, Kelantan.
“Dulu dapat juga RM10 sehari, sekarang lima sen pun tak dapat walau lima jam menunggu pelanggan,” kata pengayuh beca, Mansor Saadan, 68. “Pelanggan yang menggunakan pengangkutan beca kebanyakannya peraih dan kami biasanya menunggu mereka di sekitar Pasar Siti Khadijah namun disebabkan semua tidak boleh keluar akibat PKP, kami pun turut terkesan.
“Sebelum ini, kami menunggu pelanggan bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari tapi sejak PKP, jam 10 pagi kami mula beredar kerana tiada pelanggan,” katanya kepada Harian Metro. Dia yang suda melakukan kerja itu lebih 40 tahun berkata, beca sangat kurang digunakan oleh orang ramai pada masa ini, malah terpaksa bersaing dengan pengangkutan e-hailing, kereta sewa dan prebet sapu. Mansor yang merupakan bapa 8 cahaya mata kini mengharapkan sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau barang keperluan daripada pihak yang prihatin. - CARI
|
lattehazelnut replied at 20-4-2020 07:00 PM
Umur 68, anak 8 orang
Anak2 xbg duit ke?
Tinot7 replied at 20-4-2020 07:12 PM
TT, takat berita tanpa maklumat utk membantu depa ni pun tak guna juga ye
little_sis replied at 20-4-2020 07:38 PM
semoga murah rezeki pakcik ni nanti dpt bantuan berbagai2 insyaAllah....
munchkin: Ah ah. Pastu rohingya warga asing boek punya dibiar aja dalam malaysia. Rampas hak orang kita. Mana NGOK tak nak bersuara rakyat sendiri susah cari ma ...
jazaa100 replied at 20-4-2020 08:09 PM
Kannn ...
Apa salahnya wartawan tanya lebih detail....mintak akaun no ke....
ADVERTISEMENT