Enggan rujuk semula menyebabkan seorang wanita parah diserang suaminya dengan pisau belati. TribunNews melaporkan, kejadian berlaku pada Isnin di Mojokerto, Indonesia ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja.
Ketika kejadian, suspek, M Yaudik, 34, dikatakan menghampiri Lilis Setyowati yang berada di atas motosikal sebelum melibas pisau berkenaan menyebabkan mangsa cedera di pergelangan tangan kiri, siku kanan dan punggung. Suspek juga memukul wajah mangsa sebelum orang ramai yang menyedari kejadian di tepi jalan itu menghampiri untuk membantu mangsa dan membawanya ke hospital. Menurut Ketua Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Mojokerto, Dewa Putu Prima, suspek bertindak demikian kerana berang permintaannya untuk rujuk ditolak mangsa. "Wanita itu menganggap lelaki berkenaan sebagai saudara.
“Siasatan di tempat kejadian menemui pisau dengan kesan darah,” katanya yang memaklumkan pasangan terbabit masih berstatus suami isteri. Tambahnya, suspek kini dalam buruan polis. - CARI
|
minah_selekeh: Ko ganas camtu, lagi la orang tak nak.. Stupid!
crazybeach replied at 15-4-2020 05:01 PM
apo susah kau sepak terajang jah dia balik cam mokcik ni baru tahu dia terduduk menangis di bucu sli ...
budaktua replied at 15-4-2020 11:06 AM
loghat pahang ni...
kes lama ke baru..?
crazybeach replied at 15-4-2020 05:01 PM
apo susah kau sepak terajang jah dia balik cam mokcik ni baru tahu dia terduduk menangis di bucu sli ...
jazaa100 replied at 15-4-2020 03:44 PM
Semak lah berita indon masuk kat CI ni.....
Kita tengah panas covid....nk baca kisah indon libas ...
Akumagoukioni replied at 23-4-2020 07:15 PM
Sementara itu forum indon pula tepek berita malaysia 10 orang kene cekup makan ayam ramai2 haha. ...
acik79 replied at 15-4-2020 07:17 PM
Ganasnya bini dia... mesti laki tak bertanggungjawab...
capiloton replied at 23-4-2020 09:43 PM
kalau laki belasah bini dia, nak kata acaner?
memang patut kena pukul, "mesti bini tak bertanggu ...
ADVERTISEMENT