"Jadi dalam musim PKP ni, tak payah sindir-sindir. Sedap la kerja
kerajaan, tak kerja boleh duit. Eh eh.. nak dapat yang sedap nih, seksa, susah, penat macam-macam dah rasa nak dapat kerja nih."
Di kala ramai pekerja swasta yang dipotong gaji serta golongan peniaga yang tiada pendapatan mengeluh akibat PKP ini, mereka yang bekerja di sektor kerajaan masih mendapat gaji bulanan yang selesa. Ini menyebabkan ramai yang berasa iri lalu mula mengeluarkan ayat-ayat seperti "untungnya orang gomen" dan sebagainya. Hal ini membuatkan seorang pengguna Facebook tampil membela geng pekerja gomen ini. Baginya golongan yang bekerja di sektor kerajaan ini gajinya tidaklah sebanyak mana pun. Lagi-lagi yang berpangkat bukan pegawai, maka lebih rendah gajinya berbanding mereka yang bergelar usahawan. Jadi, janganlah menyindir-nyindir dengan ayat yang menyakitkan hati kerana hakikatnya, hanya mereka sahaja tahu. Bagi Wawa, kelebihan sebagai pekerja kerajaan adalah jaminan kerja sahaja tetapi bukanlah hingga mengumpul kekayaan. Jika nampak mewah sekalipun, ianya mungkin kerana hutang atau pun memang berasal dari keluarga yang berada. Jadi, janganlah menilai dari luaran semata-mata. Malahan, jika ada yang berasa susah saat ini, akan ada pekerja kerajaan yang boleh membantu. "Kalau
rasa seksa sangat, siapa yang tiada beras, lauk nak bagi makan anak kat rumah, jangan
malu segan nak minta bantuan rakan kerja kerajaan yang Kita kenal. Semua
orang sedia membantu." Ianya disokong oleh kaki tangan kerajaan yang lain dengan mengatakan, bersyukurlah dengan rezeki yang ada. Bagaimanapun, ada juga warganet yang tidak berpuas hati apabila Wawa membandingkan dengan golongan peniaga yang kononnya hidup mewah. Antara kerja kerajaan dengan kerja swasta, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Terpulang kepada kita untuk mencorakannya. |
shernazz replied at 15-4-2020 12:47 PM
Ada pros and cons nya
Ayah iols keje kerajaan...mmg sokmo la.bank rakyat.datang opis nak.memujuk bu ...
Ladybird910 replied at 15-4-2020 01:16 PM
Malas tgk this kind of rant.. Baik from govt or private sect..
Hal ini kici pon nk post. Bluergh ...
ADVERTISEMENT