CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cadangan Tangguh Cuti Hari Raya, Elak Semua Balik Kampung Berpusu-pusu

14-4-2020 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5756| Komen: 68

Kerajaan disaran mempertimbangkan penangguhan cuti Hari Raya bagi mengelakkan rakyat berpusu-pusu pulang ke kampung.

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), cadangan tersebut disuarakan oleh Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor yang berkata anjakan cuti rasmi Hari Raya itu boleh diterima dalam Islam, terutamanya ketika waktu negara berusaha membendung penularan Covid-19.


“Anjakan cuti untuk berlebaran dengan alasan yang munasabah, terutama untuk mengelak orang ramai berkerumun atau berkumpul di satu-satu tempat adalah diharuskan di dalam Islam.

Foto: Gempak

“Lebih-lebih lagi jika ini dilakukan untuk menghindari penularan wabak yang boleh mengancam nyawa manusia.


“Kerajaan berhak mengadakan apa jua peraturan atau mengeluarkan apa jua arahan untuk kepentingan rakyat, termasuk mengubah tarikh cuti hari kebesaran agama seperti Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya,” katanya kepada FMT.

Pun begitu, mufti berkata ia bukan bermakna umat Islam tidak boleh meraikan bulan Syawal bersama individu yang sedang jalani kuarantin dengan mereka.

“Tiada rumah terbuka, tiada solat sunat Hari Raya dan tiada ziarah-menziarahi antara adik-beradik, rakan dan kenalan. Solat sunat Hari Raya boleh dikerjakan di rumah bersama ahli keluarga.”

Sebelum ini, Indonesia mengumumkan cuti Hari Raya ditangguh ke 28 hingga 31 Disember ini bagi mengelakkan orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung. - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuno 14-4-2020 02:02 PM
Edited by nuno at 14-4-2020 02:04 PM

Giler kau..meroyan budak2 kat kampus tu nanti
But aku consider this as a hint untuk mco extend lagi
Quote sarah82 14-4-2020 02:13 PM
nuno replied at 14-4-2020 02:02 PM
Giler kau..meroyan budak2 kat kampus tu nanti
But aku consider this as a hint untuk mco extend lagi

Siap sedia raya dlm rumah sajork.. But aku x kisah.
Quote nuno 14-4-2020 02:19 PM
Aku tak kisah dah nak raya...tapi aku risau lemang nanti nak beli kat mane
Quote little_sis 14-4-2020 02:21 PM
aku sokong dan dah get ready utk x blk kg raya ni..
Quote munchkin 14-4-2020 02:39 PM
Perlu tangguh ke?
Quote delia3003 14-4-2020 03:00 PM
Iols tak raya. Apa barang raya sorang2 kat rumah. Aktiviti macam biasa masa PKP. Tak kuasa nak berlontong rendang bagai sorang2, makan je apa ada
Quote Boomibulat 14-4-2020 03:22 PM
Bnyk save thn ni..baju/kuih x yah beli.bazar x pergi..
Quote Grose 14-4-2020 03:24 PM
munchkin replied at 14-4-2020 02:39 PM
Perlu tangguh ke?

enforcement tak cukup sis....rela semua kena  kacau dodol...

heeeeeee
Quote Grose 14-4-2020 03:26 PM
Boomibulat replied at 14-4-2020 03:22 PM
Bnyk save thn ni..baju/kuih x yah beli.bazar x pergi..


save utk keberangkalian lepas pkpmco...ofis dah takda....."company wind up"
kita bukan mendoakan sis tapi bak kata anak jiran aku yg 3 tahun itu....menyediakan payung sebelum hujan...amalan mulia...
Quote Grose 14-4-2020 03:29 PM
little_sis replied at 14-4-2020 02:21 PM
aku sokong dan dah get ready utk x blk kg raya ni..

long distance video teleconferencing, ampun maaf ayahbonda dipagi hening syawal sis?
Quote zidane_ziege 14-4-2020 03:35 PM
Tak payah pasang lagu raya..tak payah buat rancangan raya kat tv..

Dan tak payah la nk tunda cuti..takkan nk pasang lagu raya dkt nk krismas
Quote CiliPadiSedap 14-4-2020 06:15 PM
Raya tahun ni akak bakar mercun thunder clap bersalut bubble tea {:run  sambil pakai maskot santa claus..nampak gaya pkp dah buat otak akak kurang centre..
Quote RatuDunia94 14-4-2020 06:48 PM
Iols rasa okay jah kalau x beraya pon.. infact mostly org x kan rasa semangat nk beraya sgt sbb masing2 duduk rumah je.
Kalau sebelum ni yer lah.. baru sehari puasa shopping mall dh sibuk pasang lagu raya.. pastu company masing2 buat iklan promotion jualan raya bagai..
Tahun ni org duk rumah x nampak sgt benda2 tu.. xde g bazar. Xde shopping raya. So xde rasa ralat sgt x beraya.. haha
Quote sapeka 14-4-2020 09:17 PM
Tak kisah pon
Hari raya sama je macam hari biasa
Cuma kita meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa
Kalau nak beli baju raya beli la sehelai untuk dipakai di pagi raya
Kalau taknak beli, guna la baju yang banyak dalam lemari yg jarang2 dipakai
Kunjung mengunjung?
Bukan wajib pun
Bila2 pon boleh berkunjung kalau nak
Tak payah nak buat teruk
Quote HannahMontana 14-4-2020 09:40 PM
nasib baik sepupu aku kata dia akan beraya dgn aku disini

suami dia bertugas.


nampak???

hari raya tetap diraikan .
Quote Nana_Man 14-4-2020 10:11 PM
Grose replied at 14-4-2020 03:26 PM
save utk keberangkalian lepas pkpmco...ofis dah takda....."company wind up"
kita bukan mendoaka ...

Memang expected....
Quote Nana_Man 14-4-2020 10:13 PM
Grose replied at 14-4-2020 03:29 PM
long distance video teleconferencing, ampun maaf ayahbonda dipagi hening syawal sis?

Most likely kitorang kat sini pun kene gitu..
Quote ellZack 14-4-2020 10:15 PM
nuno replied at 14-4-2020 02:19 PM
Aku tak kisah dah nak raya...tapi aku risau lemang nanti nak beli kat mane

Hari itu I ada nampak dekat Instagram orang buat lemang guna tin susu kalau you rajin nak buat. Option lain, beli yang segera dan rebus.
Tapi kalau tak raya pun, mesti ramai juga yang buat COD lemang nanti. Macam sekarang la, semua orang pandai masak untuk di jual.
Quote Grose 14-4-2020 10:16 PM
Nana_Man replied at 14-4-2020 10:11 PM
Memang expected....

hi nenen...sorry to hear about the state of things at your place right now....

maybe you can run through with us briefly apa yg sebenarnya terjadi sampai the numbers of infected cases  shoot up macam tu sekali?

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.040397 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top