CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar IPT Diminta Kekal Sahaja, Jangan Balik Kampung

13-4-2020 06:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2765| Komen: 19

Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) diminta kekal berada di tempat masing-masing sepanjang tempoh PKP.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat selepas pihak kerajaan mendengar pandangan KKM dan PDRM. Justeru, kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi akan memastikan kebajikan dan makan minum para pelajar ini, ujar Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


“Selepas mendengar pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), maka kita memutuskan bahawa pelajar di IPT diminta terus kekal di universiti masing-masing.

Kredit foto: Harian Metro

“Kebajikan mereka dan makan minum akan ditanggung oleh kerajaan,” katanya.


Katanya lagi, pergerakan para pelajar pulang ke kampung boleh menyebabkan kluster baru Covid-19.

“Kita tidak mahu berlaku pergerakan besar-besaran yang mungkin jika dibenarkan akan terjadi kluster baru Covid-19.

“Saya harap pelajar semua faham kerana tindakan ini adalah untuk menjaga kepentingan mereka, keluarga dan masyarakat sekeliling apabila pulang ke kampung,” katanya lagi. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rahah 13-4-2020 06:33 PM
Jangan ada yang homesick sudah... kalau iols okay je stay kat uni... lagipun makanan disediakan...
Quote Artemesiaa 13-4-2020 06:48 PM
Yang ada kat kampung tu pulak jangan dok hasut tayang makan macam2 buat aktiviti ke hapa kat adik yang kena kekal di IPT.  Bila ramai dok update macam tu yang buat mereka lagi nak cepat balik.
Memandangkan arahan dah dikeluarkan sebaiknya family di kampung kena terus bagi semangat dan nasihatkan dia agar bersabar sementara.
Quote nowhite 13-4-2020 08:11 PM
Sebaiknya macam tu la..kita xnak ada kluster ipt pulak..sabar la adik2 ipt..untuk kebaikan bersama
Quote Perawankota 13-4-2020 08:35 PM
Jgnlah balik.. Kata nak putuskan rantaian.. Penat aku dok umah x kuar2 langsung..
Quote Tinot7 13-4-2020 08:38 PM
Adik2 ipt, mohon bersabar ye...
Quote tagas 13-4-2020 10:42 PM
menggeluporrrrr
Quote honam 13-4-2020 10:44 PM
Study laaaa, masa itu emas
Quote bloodyamuk 13-4-2020 11:01 PM
hek eleh selama ni kalau 6 bulan semester balik pun bape kali je...takkan 2 bulan PKP tak bleh maintain kot ...time ada kelas malas pegi kelas

mesti campus life tak best lettew...
Quote seramado 14-4-2020 12:22 AM
Sabar la dek{:nose
Quote LautBiru52 14-4-2020 12:57 AM
Alahai kental sikit la adik2 semua. Mcm mane nk merantau keje jauh dari mak ayah ni. Takkan nk dok dgn family sampai ke tua
Quote MahlukTuhan 14-4-2020 02:48 AM
Yaa jangan terhasut dengan provokasi luar yg kononnya kenapa student kuar negara boleh balik bagai. Fikir positif dan kuat kan iman korang sebelum di rasuk dari kata kata Manusia syaitan kt luar tu semua.
Student luar negara tu sebb negara ditmpat pengajian mereka terjejas teruk dan fikir mereka tu semua rkyat kita kalau mereka dijangkiti ditambah bersama pulak dengan rakyat wargenegara itu sendiri pun dijangkiti, kau rasa nyawa kau penting ke nyawa rakyat dia perlu didahulukan? Lain kalau parents kau berdahabat dgn Trump ke mungkinlah nyawa kau selamat dengn batuan pengaruh Trump. Kalau tkde alamatnya parents kau tunggu ketibaan jasad kau landing je lahh.
Lgi, berapa kerat je pun student yg balik dan selebihnya adlah individu yg bercuti or tinggal disana atas urusan keje ke apa bbanding kalaulah kjaan meluluskan korang ni semua boleh balik ke kampung, kita akan melihat hampir 80000 Pergerakan manusia yg berada di kampus skang ni pulang ke kampung.  80000 wehh!!

Selfishness may kills other people...
Quote ikanmasin 14-4-2020 04:02 AM
elok sgt ddk diam2 jer kat asrama tu,mkn mnm semua di tanggung nak risau apa..kita tgh berusaha nak putuskan rantaian tu  jd  bersabar lah skt masa lg..kalau rindu vc mak bapa..
Quote epuepy 14-4-2020 09:43 AM
Duk je la uni dik. Bkn x di bagy makanan pn.. Membe pn ramai kn. Bkn ko sorg yg x dpt balik jmpa mak ayah. Satu Malaysia okeh!
Quote talapia 14-4-2020 10:34 AM
aku tengok kt fb.. ramai parents meroyan anak2 stranded kt uni... ada yg sanggup drive gi amik anak kalau dibenarkan. huhu..

pastu dok compare.. anak2 IPT ni dah kuaranti sebulan.. dah mati dah virus tu kalau ada jangkit kat bebudak tu pon.. so x perlu risau kalau dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga.. dorang xkan menjangkiti parents pulak. Kalau cluster kayangan dibenarkan balik selepas complete kuarantin 14 days.. kenapa tidak bebudak uni ni yang dah kuarantin more than 14 days tu.

sabarlah anak2.. setakat ni tak dengar lagi kisah mana2 pelajar yang kebuluran sebab PKP ni dok sorang2 kt umah sewa ke.. ada yg bagi alasan aka sorang2 kt umah sewa.. takde transport nak keluar. Dek.. delivery bersepah dek sekarang. Kalau dah kawasan student.. kompom2 melambak delivery option.
Quote RooneyMara 14-4-2020 12:14 PM
Masalah nya, ada yg kat rumah tu dah bosan n nak balik sgt uni. Kawan I kerja office pendaftar dpt byk permohonan yg nak masuk uni, kata nya Internet kat area kampung slow n x dpt nak download lecture etc. Masalah nya bebudak ni kalau ramai2 kat kl ngan Kawan takut keluar gi kl la, n langgar arahan pkp. Especially sbb dah nak sebulan berkurung
Quote chandrahusin 14-4-2020 03:02 PM
alahaiii adik2 IPT
baru diminta duduk diam2 dh hilang sabar
bukan mintak suruh pegi beperang angkat senjata bagai
kali ni je diminta suruh bersabar
apakah sumbangan anda pd negara?
masa ni yg paling afdal adalah duduk di tempat msg2
sabarlah
Quote delia3003 14-4-2020 03:07 PM
Edited by delia3003 at 14-4-2020 03:09 PM

Kurang2 nye ada handphone, line internet. Buat ler apa2
yg patut kat dalam bilik tu. Bosan bertenet, tido, bosan study, tido. Buat ler exercise sket sekali sekala
Takde beza sangat nye dgn orang PKP kat rumah sorang2, bezanye rumah besar sket dan ada tv compare dgn bilik hostel. TV pun weekends baru ada masa tengok
Quote mrseller 15-4-2020 11:07 AM
kenapa kerajan tak arrange diaorg balik ke kampung ya? maybe forummer boleh share
Quote nishikido 15-4-2020 11:14 AM
Duduk jelah diam2..selain ada masa untuk diri sendiri,makan pon free.kang duk rumah bukan nak nolong mak buat kerja rumah pon,membuta jerr pastu ngabiskan beras.padahal sebelum pkp bukan tiap minggu balik pon.ngengada sangat..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.046447 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top