CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekejap Mengaku Adik-Beradik, Sekejap Suami Isteri

10-4-2020 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5329| Komen: 24

Tindakan pasangan kekasih bersama rakan lelaki yang cuba menipu polis mengundang padah apabila masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 kerana kesalahan mengingkari PKP di Kuala Perlis, semalam.


Memetik laporan Harian Metro, pasangan tersebut bersama seorang remaja lelaki keluar bersiar-siar dengan menaiki kereta sebelum ditahan dalam sekatan jalan raya di Kuala Perlis pada jam 6 petang.

Mereka cuba menipu dengan mengaku sebagai adik-beradik dan keluar dari rumah untuk membeli sebotol kicap dan beberapa barangan lain. 

Kredit foto: Stadium Astro


“Namun apabila kad pengenalan pasangan berkenaan diperiksa, nama ayah mereka berlainan selain alamat wanita terbabit adalah di Abi, Padang Besar, manakala pasangannya dari Pulau Langkawi, Kedah iaitu keduanya jauh dari Kuala Perlis.


“Ketika disoal lagi, mereka mendakwa bahawa mereka adalah adik-beradik tiri, sebelum tidak lama selepas itu menukar pula kenyataan bahawa mereka adalah suami isteri. Tetapi, tiada sebarang bukti pernikahan,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Anuar Jusoh.

Akhirnya pasangan itu mengaku keluar bersiar-siar selepas diasak dengan pelbagai soalan oleh pihak berkuasa. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 10-4-2020 09:54 AM
Spesis sesumpah ke ni
Quote shernazz 10-4-2020 10:01 AM
Kawan husband iols naik kereta 2 orangnpergi kerja kena patah balik
Padahal dua dua frontliner tu..
Kena naik sorang je 1 kete..
Quote kucingitam 10-4-2020 10:02 AM
nampak ramai je yang masih naik kereta berdua..
Quote bakingsoda 10-4-2020 10:07 AM
bersiar2?! patut hukum sebat 100x on the spot
Quote Tinot7 10-4-2020 10:09 AM
Skype tak boleh ke?
Quote Acikgomen 10-4-2020 10:23 AM
Hahaha kejap lagi acik nak tepon mak mentua acik
Gigih betul sejak pkp ni nak kuar jugak2 beli ikan lah, buang sampah lah, hantar buah pelam lah, kutip hutang lah
Bila kita bising, dia ckp polis takkan tahan sbb dia org tua, kesian kat dia
Padahal ketua polis negeri masing2 dah  warning kompaun serta merta bayar seribu
Kang kalo kena kompaun, haaahhhh ko nak ke gadai gelang emas ko tuh bayo denda
Anak menantu ko yg mulut hangsuang ni jugak la kan nak kena tanggung
Quote Manjahati 10-4-2020 10:25 AM
Gini punya perangai pun ada
Quote bulalof 10-4-2020 10:26 AM
tahniah polis dan yg sewaktunya dengannya.

sentiasa berusaha dengan baik.

Quote minah_selekeh 10-4-2020 10:30 AM
Ada hati lagi nak bersiar2? Dah la korang tu dok Perlis.. Bukannya ada tempat menarik sangat pun nak berjalan2..
Quote palmolive 10-4-2020 11:42 AM
perlis ni kalo hari biasa pun lengang..patut la bosan duk umah
Quote crazybeach 10-4-2020 02:53 PM
babi. tak tahan gi cikcap je lah pakai sanitizer tu ikut perutusan khas diva aa ko sekolah tak?
Quote Ladybird910 10-4-2020 04:41 PM
shernazz: Kawan husband iols naik kereta 2 orangnpergi kerja kena patah balikPadahal dua dua frontliner tu..Kena naik sorang je 1 kete..


Blh naik berdua klu sama jln..hr tu menteri kdn / ketua polis ada kata..xde hal pon janji bukti ready la nk explain..
Quote Ladybird910 10-4-2020 04:43 PM
Acikgomen: Hahaha kejap lagi acik nak tepon mak mentua acikGigih betul sejak pkp ni nak kuar jugak2 beli ikan lah, buang sampah lah, hantar buah pelam lah, kutip ...


My friend pon dh siap berjalan ke rumah jiran kt blok lain dh..siap bwk baby umur 4bln anak beranak nk minum petang kuih donat...show off kt whatsapp plak tu..siap ucap terima kasih sbb sudi dtg mkn donat.. Heloklaaaa tuuuuu
Quote GigaMom 10-4-2020 06:36 PM
shernazz: Kawan husband iols naik kereta 2 orangnpergi kerja kena patah balikPadahal dua dua frontliner tu..Kena naik sorang je 1 kete..


Tulah kot punca atas jalan masih nmpk banyak kereta
X pasal2 jadi modal sesetengah org MCO x bkesan pun
Logikla nk pg kerja kan
Quote felinecat 10-4-2020 08:54 PM
kt fb aku ade makhluk mcm tu bleh report x.dh le beria letak kt fb siap tulis jgn kecam..bengapnya
Quote noor2 10-4-2020 08:57 PM
Acikgomen replied at 10-4-2020 10:23 AM
Hahaha kejap lagi acik nak tepon mak mentua acik
Gigih betul sejak pkp ni nak kuar jugak2 beli ikan ...

Hehe.....suka dgr kisah mertua acik ni.....
Quote ninja boy 10-4-2020 09:35 PM
Edited by ninja boy at 10-4-2020 09:36 PM

kata ja mco padahal hari2 lepak rumah kawan2 la rumah bf gf rumah tuk nenek parent. Ini bukan lagi memutuskan rantaian. Ini boleh menyebar penyakit. Pasal tu kes baru tak turun2 <100. Babi celaka stupid betul
Quote Acikgomen 10-4-2020 09:44 PM
noor2 replied at 10-4-2020 08:57 PM
Hehe.....suka dgr kisah mertua acik ni.....

Iyer lah noor sbb bukan mak mentua sendiri syok la dengaq
Tadi acik dah tepon ayat2 gertak semua dah hapal dah ni
Skali dia bgtau hah awat tepon mak ni. Mak dgn abah hang tgh beli ikan ni baru naik. Elok tak sangga belendiaq lagi. Awat aih awat aih
Ko ghaseeeeeee
Lepas tu dok helo helo helo apedia mak tak dengaq ni. Abah hang tgh bawak keta. Ishhhhhhhhhh
Geram betul acik naik keta taknak bukak ekon, naaakkk jugak bukak tingkap. Takut minyak abis tgh jalan katanye
Padahal tuari sebak2 citer jiran rumah depan anak dia beli keta kat makbapak, yg depa dua ni dok pakai keta lama dah berkarat lagi, esok lusa pintu keta pun nak tekeluaq, ekon takdak menitik nitik peluh mak dlm keta abah hang
Dah di belikan keta baru, gitu pulak pesennya
Drama gile rentua tu
Quote Sham143 10-4-2020 11:18 PM
Dh suruh duduk rumah, duduk aje la rumah diam2.. Padan muka..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.068822 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top