CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3568|Reply: 24

[Tempatan] Helah pasangan kekasih di sekatan jalan raya. Sekejap mengaku adik-beradik, seke

[Copy link]
Post time 10-4-2020 09:50 AM | Show all posts |Read mode

HELAH pasangan kekasih bersama rakan lelaki mereka daripada ditahan polis tidak menjadi apabila masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Perlis, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Anuar Jusoh berkata, pasangan terbabit yang berusia 26 dan 23 tahun itu dikatakan keluar bersiar-siar bersama remaja lelaki berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta sebelum ditahan dalam sekatan jalan raya di Kuala Perlis, kira-kira 6 petang.

Katanya, pada awalnya, kesemua mereka mengaku adalah adik-beradik dan memberi alasan keluar dari rumah untuk membeli sebotol kicap dan beberapa barangan keperluan harian lain.

“Namun apabila kad pengenalan pasangan berkenaan diperiksa, nama ayah mereka berlainan selain alamat wanita terbabit adalah di Abi, Padang Besar, manakala pasangannya dari Pulau Langkawi, Kedah iaitu keduanya jauh dari Kuala Perlis.

“Ketika disoal lagi, mereka mendakwa bahawa mereka adalah adik-beradik tiri, sebelum tidak lama selepas itu menukar pula kenyataan bahawa mereka adalah suami isteri. Tetapi, tiada sebarang bukti pernikahan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anuar berkata, selepas tidak tahan diasak pelbagai soalan oleh pihak berkuasa, akhirnya pasangan terbabit mengaku keluar bersiar-siar sekitar Kuala Perlis.

“Pihak polis mengingatkan bahawa PKP ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh orang awam kerana kali ini tindakan yang lebih tegas akan dikenakan kepada mereka yang melanggarnya.

“Tugas pihak berkuasa ketika ini adalah mahu memutuskan rantaian Covid-19, jadi saya minta orang awam untuk kekal berada di dalam rumah dan tidak sewenang-wenangnya keluar tanpa alasan yang kukuh,” katanya.

Anuar berkata, notis kompaun dikeluarkan kepada ketiga mereka mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2020).

Sementara itu, seramai 11 orang ditahan di sekitar Kuala Perlis kerana mengingkari PKP dan tujuh daripadanya dikenakan kompaun atas kesalahan mengingkari PKP.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2020 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Spesis sesumpah ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan husband iols naik kereta 2 orangnpergi kerja kena patah balik
Padahal dua dua frontliner tu..
Kena naik sorang je 1 kete..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 10:02 AM | Show all posts
nampak ramai je yang masih naik kereta berdua..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
bersiar2?! patut hukum sebat 100x on the spot
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Skype tak boleh ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2020 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha kejap lagi acik nak tepon mak mentua acik
Gigih betul sejak pkp ni nak kuar jugak2 beli ikan lah, buang sampah lah, hantar buah pelam lah, kutip hutang lah
Bila kita bising, dia ckp polis takkan tahan sbb dia org tua, kesian kat dia
Padahal ketua polis negeri masing2 dah  warning kompaun serta merta bayar seribu
Kang kalo kena kompaun, haaahhhh ko nak ke gadai gelang emas ko tuh bayo denda
Anak menantu ko yg mulut hangsuang ni jugak la kan nak kena tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 10:25 AM | Show all posts
Gini punya perangai pun ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2020 10:26 AM | Show all posts
tahniah polis dan yg sewaktunya dengannya.

sentiasa berusaha dengan baik.

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 10:30 AM | Show all posts
Ada hati lagi nak bersiar2? Dah la korang tu dok Perlis.. Bukannya ada tempat menarik sangat pun nak berjalan2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 11:42 AM | Show all posts
perlis ni kalo hari biasa pun lengang..patut la bosan duk umah
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 02:53 PM | Show all posts
babi. tak tahan gi cikcap je lah pakai sanitizer tu ikut perutusan khas diva aa ko sekolah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz: Kawan husband iols naik kereta 2 orangnpergi kerja kena patah balikPadahal dua dua frontliner tu..Kena naik sorang je 1 kete..


Blh naik berdua klu sama jln..hr tu menteri kdn / ketua polis ada kata..xde hal pon janji bukti ready la nk explain..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen: Hahaha kejap lagi acik nak tepon mak mentua acikGigih betul sejak pkp ni nak kuar jugak2 beli ikan lah, buang sampah lah, hantar buah pelam lah, kutip ...


My friend pon dh siap berjalan ke rumah jiran kt blok lain dh..siap bwk baby umur 4bln anak beranak nk minum petang kuih donat...show off kt whatsapp plak tu..siap ucap terima kasih sbb sudi dtg mkn donat.. Heloklaaaa tuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz: Kawan husband iols naik kereta 2 orangnpergi kerja kena patah balikPadahal dua dua frontliner tu..Kena naik sorang je 1 kete..


Tulah kot punca atas jalan masih nmpk banyak kereta
X pasal2 jadi modal sesetengah org MCO x bkesan pun
Logikla nk pg kerja kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kt fb aku ade makhluk mcm tu bleh report x.dh le beria letak kt fb siap tulis jgn kecam..bengapnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2020 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 10-4-2020 10:23 AM
Hahaha kejap lagi acik nak tepon mak mentua acik
Gigih betul sejak pkp ni nak kuar jugak2 beli ikan ...

Hehe.....suka dgr kisah mertua acik ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 10-4-2020 09:36 PM

kata ja mco padahal hari2 lepak rumah kawan2 la rumah bf gf rumah tuk nenek parent. Ini bukan lagi memutuskan rantaian. Ini boleh menyebar penyakit. Pasal tu kes baru tak turun2 <100. Babi celaka stupid betul
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 10-4-2020 08:57 PM
Hehe.....suka dgr kisah mertua acik ni.....

Iyer lah noor sbb bukan mak mentua sendiri syok la dengaq
Tadi acik dah tepon ayat2 gertak semua dah hapal dah ni
Skali dia bgtau hah awat tepon mak ni. Mak dgn abah hang tgh beli ikan ni baru naik. Elok tak sangga belendiaq lagi. Awat aih awat aih
Ko ghaseeeeeee
Lepas tu dok helo helo helo apedia mak tak dengaq ni. Abah hang tgh bawak keta. Ishhhhhhhhhh
Geram betul acik naik keta taknak bukak ekon, naaakkk jugak bukak tingkap. Takut minyak abis tgh jalan katanye
Padahal tuari sebak2 citer jiran rumah depan anak dia beli keta kat makbapak, yg depa dua ni dok pakai keta lama dah berkarat lagi, esok lusa pintu keta pun nak tekeluaq, ekon takdak menitik nitik peluh mak dlm keta abah hang
Dah di belikan keta baru, gitu pulak pesennya
Drama gile rentua tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh suruh duduk rumah, duduk aje la rumah diam2.. Padan muka..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.366373 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list