Black Hanifah menyeru agar ibu bapa sentiasa bersabar melayan kerenak anak-anak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Walaupun Black hanya memliki dua anak, namun kadang-kadang kesabarannya diuji dengan kerenah mereka.
"Kalau anak kita ada banyak kerenah sekali pun, jika boleh layan dengan sebaik mungkin dan elakkan daripada memukul mereka. "Saya yang ada dua anak ini pun kadang-kadang tergugat juga kesabaran, tapi saya faham kerana mereka pun tak dapat nak keluar rumah dan banyak perkara yang terpaksa mereka adaptasikan di dalam rumah," katanya kepada Harian Metro.
Penyanyi ini juga melahirkan rasa hormat kepada mereka yang ada ramai anak dan tinggal bersesak dalam satu rumah. "Ini baru dua. Bayangkan keluarga yang ada ramai anak, mesti lagi banyak kerenah dan tentunya, mereka perlu lebih banyak bersabar. "Apabila kita ada dengan anak sepanjang masa, barulah kita nampak kerenah sebenar anak kita. Ini masanya untuk kita kenal perangai anak-anak kita. "Kita pun sebagai ibu bapa kadang-kadang rasa tertekan juga kerana tak dapat melakukan aktiviti di luar rumah. Tapi, jangan sampai kita lepaskan tekanan kita kepada anak-anak kita pula," tambahnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|