Gara-gara pelanggan wanita batuk, seorang pemandu Uber maut akibat jangkitan Covid-19 di London, Britain pada 3 April lalu. Berdasarkan laporan Daily Mail, Ayub Akhtar yang menetap di Norwood, London meninggal dunia selepas seminggu menghantar seorang wanita disyaki positif wabak maut itu. Abang Ayub, Yasser mendakwa, adik lelaki mengadu tidak sihat selepas memberi perkhidmatan e-hailing kepada wanita berkenaan.
"Dia mengadu pelanggan itu batuk tidak henti-henti sewaktu berada di dalam kenderaan e-hailingnya. "Beberapa hari kemudian, Ayub mula menunjukkan simptom seperti batuk tidak henti-henti yang memeritkan dan mengalami kesukaran bernafas terutama pada waktu malam," katanya kepada Daily Mail. Yasser berkata, pemeriksaan pasukan perubatan kemudiannya mengesahkan Ayub positif Covid-19 sebelum dibawa ke Hospital Mayday, Croydon untuk dikurantin sebelum dipindahkan ke Hospital St. George. Dia berkata, sepanjang berada di hospital Ayub sering menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tentang ketakutannya menghadapi wabak itu dan meminta ahli keluarga mendoakannya lekas sembuh. "Pun begitu, takdir tuhan mengatasi. Ayub yang masih bujang meninggal dunia akibat Covid-19 pada Jumaat lalu (3 April). "Ia kehilangan amat besar kepada keluarga kami dan rancangannya untuk berkahwin juga tidak kesampaian. Dia banyak membantu ekonomi keluarga dengan bekerja sebagai pemandu Uber," katanya. Sementara itu, wakil Pertubuhan Kesatuan Pemandu Kereta Sewa Britain meminta pihak berkuasa negara itu memberi garis panduan jelas tentang perkhidmatan e-hailing dan teksi sewaktu musim Covid-19. "Tanpa arahan rasmi kerajaan, kami tidak boleh melarang ahli keluar mencari pelanggan. Dalam masa sama, amat sukar untuk mengamalkan penjarakan sosial sebagai pemandu e-hailing," tambahnya. Buat pemandu e-hailing di Malaysia, jadikan kisah ini pengajaran dan berhati-hati sewaktu mencari rezeki sepanjang tempoh PKP ini. - CARI
|
nazzse: Iols batuk lebih sebulan jan-feb lepas, batuk sampai sesak nafas & last sekali kena radang rib cage. Gi 2-3 klinik private tak jadi, ubat berbotol h ...
nazzse replied at 10-4-2020 11:37 AM
Iols batuk lebih sebulan jan-feb lepas, batuk sampai sesak nafas & last sekali kena radang rib cage. ...
nazzse: Iols batuk lebih sebulan jan-feb lepas, batuk sampai sesak nafas & last sekali kena radang rib cage. Gi 2-3 klinik private tak jadi, ubat berbotol h ...
bloodyamuk replied at 10-4-2020 07:27 AM
klinik gov doc dapat detect sakit apa sis? yang radang rib cage tu ke? batuk sis batuk kering at ...
munchkin replied at 10-4-2020 06:50 AM
Ubat apa yg gov bagi tu? good info ni. Which klinik gov naz pergi?
nazzse replied at 10-4-2020 11:37 AM
Iols batuk lebih sebulan jan-feb lepas, batuk sampai sesak nafas & last sekali kena radang rib cage. ...
zeed replied at 10-4-2020 07:42 AM
Meola kena URTI.. Lebih sebulan gak batuk.. Dpt rasa dari paru2.. Mcm pneumonia.. Pastu doc neb n ...
nazzse replied at 10-4-2020 03:36 PM
Suspek tb. I tak sempat gi xray sbb appoinment weeknya tu. Tak sampai seminggu dah elok batuk, klu ...
zeed replied at 10-4-2020 03:42 PM
Meola kena URTI.. Lebih sebulan gak batuk.. Dpt rasa dari paru2.. Mcm pneumonia.. Pastu doc neb n ...
nazzse: Iols batuk lebih sebulan jan-feb lepas, batuk sampai sesak nafas & last sekali kena radang rib cage. Gi 2-3 klinik private tak jadi, ubat berbotol h ...
Perk77 replied at 10-4-2020 04:06 PM
Ya..kalau korang ade batuk tk baik2 yg lama..jgn mkn ubat batuk hitam...mkn ubat batuk putih..mkn ...
orgsepang replied at 10-4-2020 04:42 PM
Terima kasih atas perkongsian berguna ini, boleh akak tau nama ubat batuk warna putih tu?
ADVERTISEMENT