CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mudah, Tiada Caj! Ini Cara Daftar E-Bill Telekom Malaysia (TM)

10-4-2020 10:36 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 6426| Komen: 6|Original author: Oleh: PDOT777

Tahukah anda? Bermula Januari 2016, Telekom Malaysia (TM) mula mengenakan caj RM5 bagi setiap bil bercetak. TM juga menyarankan pengguna untuk mendaftar e-bill.


Contoh Bil TM
KREDIT FOTO: https://www.flickr.com/photos/tropicaljantie/5424909658/

Pengenalan TM e-bill sebagai sistem bil pilihan adalah selaras dengan usaha industri untuk maju ke hadapan, ke arah kehidupan yang banyak menggunakan digital serta mengurangkan kertas, simbol mesra alam.

Sebagai pengguna TM, anda juga boleh mendaftar e-bill untuk menyemak bil semasa. Sebelum mendaftar, ada beberapa perkara perlu dipastikan dan disediakan.

Pertama, nama pelanggan seperti yang didaftarkan dalam bil telefon TM anda. Jika pendaftaran sebelum ini bukanlah atas nama anda, tetapi nama orang lain seperti nama bapa anda sebagai nama pelanggan, maka anda perlu menggunakan nama bapa untuk pendaftaran e-bill ini.


Kedua, sediakan nombor kad pengenalan pelanggan tersebut. Ketiga, nombor telefon TM atau nombor servis. Ia adalah nombor telefon yang didaftarkan dalam bil/akaun. Dalam bil bercetak yang selalu anda dapat, ia tertera di bahagian atas sebelah kiri bil yang tertera sebagai No Rujukan.


Tertera No Rujukan pada bil TM anda
KREDIT FOTO: Tatacara Daftar Akaun Bil TM Online, hasrulhassan.com

Keempat, emel. Pastikan emel yang anda sediakan aktif, boleh diakses dan digunakan untuk urusan penghantaran e-bill. Kalau anda dah sediakan semuanya, anda boleh mula mendaftar e-bill TM. 

Pertama sekali, layari laman web https://unifi.com.my/e-bill/index.html. Anda akan tiba di portal rasmi unifi. Pada portal ini, tekan butang REGISTER FOR E-BILL NOW.


Paparan portal Unifi di mana anda boleh mendaftar e-bill TM di portal ini
KREDIT FOTO: https://unifi.com.my/e-bill/index.html

Skrin akan bertukar gelap. Anda perlu benarkan pop-up window untuk browser. Akan tertera di bahagian atas skrin anda. Klik Allow pop-up untuk membenarkan sebarang pop-up box untuk tertera di skrin anda. Kemudian, sebuah pop-up box akan tertera, dan ada ruangan untuk anda isikan.


Paparan pada pop-up window yang tertera
KREDIT FOTO: https://unifi.com.my/e-bill/index.html

Pada My Email Address, masukkan alamat emel yang anda ingin daftar dengan akaun TM anda. Kemudian, tekan butang Enter di keyboard anda. Pada ruangan Create Profile, masukkan nama yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. 

Kemudian, pada ruangan Enter Email Address, sahkan alamat emel yang anda masukkan dan tekan butang Next.

Seterusnya, pada ruangan Set Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Kata laluan mestilah minimum lapan aksara dan mesti disertakan minimum satu simbol. (contohnya, #awesome). Kemudian, tekan butang NEXT. Pada Choose your ID Type, pilih jenis pengenalan diri anda. Untuk kad pengenalan, pilih National ID.

Seterusnya, pada Enter ID Number, di bahagian SELECT, pilih MYKAD. Kemudian, pada ruangan untuk ID Number, masukkan nombor kad pengenalan anda. Tekan butang NEXT. Untuk pengesahan seterusnya, tekan butang CONFIRM, dan tekan butang TAKE ME TO LOGIN.

Kemudian, masukkan semula alamat emel anda dan password anda. Seterusnya, tekan butang NEXT. Anda berjaya login ke akaun e-bill TM anda, yang juga bersama dengan akaun untuk unifi.


Contoh paparan setelah anda berjaya login
KREDIT FOTO: How to check your report's progress, community.unifi.com.my

Kesimpulannya, platform secara online adalah satu langkah alternatif daripada TM untuk memudahkan anda menerima bil anda. Risiko kehilangan bil dapat dielakkan dengan adanya penghantaran bil ke alamat emel yang anda daftarkan untuk akaun e-bill anda. 

Daftarlah sekarang dan mudahkan urusan anda. Selamat berjaya! - CARI
2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 10-4-2020 10:46 AM
Download je apps myunifi
Quote BoongaKertas 10-4-2020 10:54 AM

hahaha! baru nak ckp benda sama. mcm renyah jer nak daftar mcm tt tulis
Quote alien88 10-4-2020 04:43 PM
rm5 ke kalau bill bercetak? dlu rm2 ja
btw, susah betul nk daftar e-bill ni utk company.. dah ada 2 line telefon, 2 unifi
kena daftar lain2 email sbb no company x sama, disebabkan org yg pasang tu main bubuh ja no company, ada PS la depan.. ada simbol '-' , ada yg xsimbol lps no company
Quote Groovykid 25-4-2020 01:38 AM
Tq useful info
Quote PDOT777 29-4-2020 12:29 PM

welcome
Quote Lailerthee 29-4-2020 09:09 PM
Sekarang sume download apps je

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.058668 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top