Pelbagai usaha telah dilakukan pihak kerajaan untuk membendung wabak Covid-19 daripada terus merebak. Turut tidak terlepas, Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Dr Noraini Ahmad mempunyai cara tersendiri untuk membantu kerajaan dalam membendung wabak maut ini. TikTok Contest Menurut Tweet yang dimuat naik Noraini, beliau mengajak rakyat untuk turut serta dalam pertandingan video TikTok yang dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi. Malah, beliau juga menyatakan video terbaik bakal menerima hadiah misteri yang sangat menarik. Namun, pertandingan ini hanyalah terbuka kepada mereka berusia 18 sehingga 26 tahun sahaja. Beliau turut menjadikan dua 'influencers' sebagai wajah depan pertandingan ini untuk menarik minat rakyat. Untuk menggalakkan penyertaan, Noraini turut memuat naik satu video TikTok sebagai contoh buat mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini. Comelnya! Terima Kecaman Setelah menerima kecaman netizen yang beranggapan pertandingan ini sebagai sesuatu yang tidak masuk akal, Noraini memadam Tweet tersebut beberapa jam kemudian. "Dulu ada Maszlee tapi..." "Menteri gaji 50k main tiktok time kerja" Buat anda yang ingin menyahut seruan Kementerian Pengajian Tinggi ini, boleh muat turun aplikasi TikTok sekarang! - CARI
|
ADVERTISEMENT