Tular di media sosial, Alixson Mangundok, 34, sanggup berjalan kaki selama tiga hari ditemani anjing untuk pulang ke kampung di Kota Marudu dari Kota Kinabalu sebagai langkah berjaga-jaga ketika wabak Covid-19 melanda negara. Beliau sanggup berjalan kaki selama tiga hari sejauh 120 kilometer memandangkan dia berdepan risiko dijangkiti Covid-19 kerana baru pulang dari Jepun. Sebaik tiba di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu pada 25 Mac lalu, beliau terus ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk membuat ujian saringan Covid-19, walaupun tidak mengalami simptom. “Disebabkan keputusan belum keluar, saya mengambil langkah berjaga-jaga dan memutuskan untuk berjalan pulang ke kampung. Saya mula berjalan pada 26 Mac dan tiba di Kota Marudu pada 28 Mac. "Sebaik tiba di kampung, saya mengasingkan diri sendiri dan tinggal di rumah kebun bapa bersama anjing bernama Cico yang menemani saya dari Luyang hingga ke kampung,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Beliau turut memutuskan untuk tidak menaiki pengangkutan awam atau balik bersama abang yang menjemputnya di lapangan terbang kerana khuatir akan keselamatan orang lain. Oleh itu, beliau hanya meminta abangnya membawa beg dan disimpan di rumah kebun tempat dia mengasingkan diri. Alixson berkata, sebelum ini beliau sudah biasa merantau dan berjalan ke tempat jauh. Jadi, ia bukan satu masalah baginya. “Paling tidak boleh lupa ketika melalui kawasan perkuburan Cina di kawasan Luyang. "Mujurlah ada anjing yang saya jumpa di Luyang, Cico yang setia menemani saya sehingga ke Kota Marudu. Jika tidak bersama Cico, mungkin orang sekeliling menganggap saya orang jahat kerana berjalan pada waktu malam. "Sepanjang perjalanan, kami berehat dan tidur di mana-mana perhentian bas berdekatan,” katanya lagi. Terkini, beliau dikatakan sudah membuat ujian saringan kedua di Hospital Kota Marudu. Alixson menganggap, anjing itu kiriman Tuhan untuknya apabila diminta mengulas mengenai Cico. “Sebelum saya balik ke Malaysia, saya sempat melawat kuburan Hachiko di Shibuya dan berdoa untuk keselamatan perjalanan saya dan berharap wabak ini cepat hilang. "Saya menganggap Cico dihantar untuk menjaga saya sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke kampung halaman,” tambahnya. Tahniah Alixson kerana tidak mementingkan diri dan mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kuarantin kan diri secara sukarela. Nampak serupa pula Hachiko dengan Cico tu. - CARI
|
Kurex replied at 9-4-2020 11:20 AM
Teringat pelakon cico tu.. dah sendu dah..
Megikari: Bagus brader ni, sangat bertanggungjawab
ADVERTISEMENT