Ketakutan terhadap wabak Covid-19 nampaknya tidak memberi kesan terhadap peminat dangdut. Kompas.com melaporkan seperti dipetik mStar Online, warga Desa Lando di Lombok Timur tidak menghiraukan arahan penjarakan sosial apabila berkerumun menyambut kepulangan salah seorang peserta Liga Dangdut Indonesia (Lida) 2020, Eva Yolanda yang tersingkir pada Sabtu lalu.
Bukan Eva saja, malah ribuan penduduk Nusa Tenggaran Timur turut menyambut kehadiran Hamid Aan yang juga peserta pertandingan sama di Lapangan Terbang Mali pada hari sama. Malah, rumah Hamid di Desa Alila Selatan, daerah Alor Barat Laut turut dikerumuni peminat. Kesemua mereka dilaporkan tidak mempedulikan kawalan polis demi melihat pujaan mereka lebih dekat. Menurut laporan, Lombok Timur kini dikategorikan sebagai zon merah selepas dua warganya disahkan positif wabak maut itu.
Ketua Polis Lombok Timur, Tunggul Sinatrio berkata, usaha pihaknya meminta orang ramai bersurai tidak berkesan sehingga mendapat kerjasama pasukan Eva sendiri. - CARI
|
GigaMom replied at 7-4-2020 12:43 PM
Ya tuhan
Inikah yg dikatakan mati dalam senyuman {:laugh
ADVERTISEMENT