Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempertikaikan tindakan kerajaan membernarkan sebuah kilang arak beroperasi waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Exco agama dan ketua penerangannya, Abu Hafiz Bin Salleh Hudin dalam satu kenyataan mempersoalkan pengecualian itu sedangkan ribuan perniagaan halal dan milik Bumiputera terjejas akibat PKP. "Mengapa pengecualian khas diberikan kepada kilang arak Heineken ini sedangkan terang-terangan perniagaan mereka adalah haram? "Adakah kerana kilang ini mempunyai kaitan dengan orang berkepentingan?" ujarnya. Sebelum ini, tular surat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang membenarkan kilang terbabit beroperasi dalam tempoh PKP.
Sementara itu, Berita Harian hari ini melaporkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan pembatalan operasi kilang arak sepanjang PKP. Katanya, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Kabinet, hari ini. “Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengeluarkan surat pembatalan kepada kilang berkenaan dengan serta-merta,” katanya pada sidang media hari ini yang dipetik BH. - CARI
|
FOTHER-MUCKER replied at 6-4-2020 01:09 AM
Adakah kerajaan menyifatkan arak dan minuman keras yang jelas haram ke dalam kategori keperluan atau ...
Melorqe replied at 7-4-2020 01:15 AM
Yb buat surat tu pun orang lantikan PH.
yg tukang komplen pun org PH
menteri tak tau apa pun pasal ...
ADVERTISEMENT