Ramai tahu Sharifah Sakinah dan Amyza Aznan antara yang lantang mengkritik Zarina Anjoulie. Walaupun Kinah sudah memuat naik video memohon maaf secara terbuka, nampaknya kemelut antara Anju dan Amyza masih berterusan.
Menerusi kemas kini terbaru di Instagram, Anju mengkritik Amyza yang disifatkannya masih mencari gaduh dengan orang. "Sudah-sudahlah Myza, kau nak gaduh dengan semua orang sampai bila? "Ramai lagi saudara kita yang tengah kebulur kat luar tu. Dari kau gigih nak jatuhkan orang, baik kau gunakan platform kau untuk membantu lagi orang," tulisnya. Bersama posting itu, Anju sertakan sekali tangkap layar posting dari IG Motif Viral yang berkongsi komen marah-marah Amyza. "Boleh tahan juga level dia membawang. ni tak puas hati sebab netizen sokong Anju lah ni," tulis motif Viral di ruang kapsyen. Sementara itu, Anju turut menyindir segelintir akaun yang sering mengecam dirinya. "Kenapa korang nak dikenali dengan buat benda jahat? Kau tak bosan ke? "Kau nak orang ingat kau dengan perbuatan jahat? Tak best," katanya menerusi IG Story. Anju buat baik beri sumbangan kepada yang memerlukan pun, ada yang tak puas hati ke? - CARI
|
one_aiman replied at 6-4-2020 01:15 PM
macam cakap depan cermin je
ADVERTISEMENT