Seorang jururawat tekad meletak jawatan kerana mendakwa tidak diberikan perlindungan sewajarnya ketika bertugas merawat pesakit Covid 19. Kejadian di Tennessee, Amerika Syarikat itu menyaksikan Brandi Rahmanian berkata dia dan petugas lain tidak diberikan topeng perlindungan N95 ketika menguruskan pesakit Covid 19.
"Saya dimaklumkan kami mempunyai bekalan topeng yang cukup tetapi berkemungkinan bekalan akan habis tidak lama lagi. "Saya menyatakan kebimbangan dan beritahu mereka, kami sepatutnya mengenakan topeng setiap kali kami masuk ke bilik pesakit yang disyaki atau yang sudah disahkan positif," katanya. Dalam pada itu, terdapat kes yang hampir serupa berlaku di Chicago apabila seorang jururawat, Imaris Vera meletak jawatan selepas pihak hospital menghalangnya daripada memakai topeng pelindung N95 yang dibawanya.
|
CinnamonR replied at 3-4-2020 07:08 PM
Teruknye negara uncle sam ni
Tinot7 replied at 3-4-2020 07:40 PM
Omaigadd... kenapa boleh teruk sgt ni?
Uncle sam takde kilang ppe ke?
bloodyamuk replied at 3-4-2020 08:21 PM
too big too many people...takde apa yang 1st world country nya kalo bila dilanda pandemic kerajaan f ...
ADVERTISEMENT