CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Roti Gardenia Habis? Jom Buat Roti Sendiri

7-4-2020 12:01 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4896| Komen: 8


Sejak Perintah Kawalan dilaksanakan, permintaan roti Gardenia meningkat hingga agak sukar untuk mendapatkan bekalan roti tersebut. Takkan lah rakyat Malaysia dah tukar makanan ruji dari nasi kepada roti sejak musim PKP ni?

Akan tetapi, itu semua bukanlah masalah besar jika roti Gardenia kegemaran habis di pasaran kerana anda boleh buat roti sendiri dengan kos RM5 sahaja menurut perkongsian Puan Azlina ini.

Resepi Roti Gebu Paling Mudah Viral

A. Bahan-bahan membuat pelembut doh:
  • 2 sudu besar tepung gandum 
  • Secawan air

Cara-cara membuat doh:

1. Campurkan kedua-dua bahan sehingga rata dan tapis.
2. Kemudian, masak sehingga menjadi likat dan siap.

Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans

B. Bahan-bahan membuat yis:
  • Yis
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara membuat yis:

1. Tuangkan air suam ke dalam yis.
2. Kemudian, masukkan gula dan tutup kesemua bahan yang telah dicampur selama 10-15 minit.

Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans

C. Bahan-bahan adunan roti:
  • 1kg tepung
  • Sebiji telur
  • 3 sudu besar majerin atau butter
  • 3 sudu besar pelembut doh
  • Sedikit garam halus
  • 4 sudu besar susu tepung (jika suka)
  • 1/2 sudu besar baking powder (jika tiada tidak mengapa)
  • 5 sudu besar gula

Cara-cara membuat adunan roti:

1. Gaulkan kesemua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.

Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans

2. Kemudian, masukkan 1/2 cawan yis yang berbuih tadi. Selepas itu, uli sikit-sikit.

Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans

3. Masukkan air sejuk ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan uli sehingga rasa doh lembik sedikit.

 
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans

  1. Tabur sedikit tepung untuk memastikan adunan tidak melekit di tangan. Uli doh sehingga doh licin dalam 10 minit.
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans

  1. Selepas itu, tutup adunan doh tu dengan tuala lembab dan letak berhampiran oven untuk membuatkan ia kembang sekali ganda saiz asal. Panaskan oven pada suhu 100 darjah celcius.
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans

  1. Kemudian, tumbuk dok tadi untuk buang angin dalam doh. Uli dan letakkan minyak pada tangan dan bekas untuk senang bentukkan doh.
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans

  1. Letakkan doh dalam bekas untuk dimasukkan dalam oven dan panaskan oven 100 darjah selama 30 minit. Pastikan doh sudah kembang betul sebelum masukkan ke dalam oven.
  2. Bakar pada suhu 150 masa 45 minit api atas bawah (bergantung oven masing-masing).
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans

Siap untuk dimakan, cicah pula dengan kopi O panas. Mantap!

Selamat mencuba.- CARI

Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans





1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bloodyamuk 7-4-2020 10:06 PM
cecah milo panas pun sedap
Quote Tinot7 9-4-2020 08:49 AM
dapnya... tapi malas la nak buat
Quote takayama 10-4-2020 08:39 AM
teringin nak buat tp xde oven
Bila kena RMO ni brlah terasa betapa pentingnya oven bkn microwave
Quote mahunikahmuda 10-4-2020 10:01 AM
Susah nak buat bg sedap.. Kena ada pengalaman buat baking..
Quote Supersirap 18-4-2020 12:09 PM
Thanks for the info TT
Quote Oldbitty1 18-4-2020 09:00 PM
Griddle bread

Resepi ni tanpa guna oven/ microwave dan paling mudah dan cepat. U only need a heavy bottom pan (org kg ku panggil skillet / iron cast pan) atau pun nonstick pan.

Ingredients
8 oz Plain flour
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
Enough buttermilk to make the dough into a thick, knead-able constistency. Klu x de buttermilk, fresh milk dicampur dgn perahan lemon sebab asid dlm buttermilk tu yg naikkan soda bread ni.

Cara
Campur semua bahan2 kering tu. Make a well in the centre n tuang sikit2 buttermilk tu. Gaul sampai rata semuanya. Acuan tu jadi mcm dough Roti bukan cair seperti pancake. Uli beberapa minit di atas permukaan yg diletak sedikit tepung supaya x melekat.

Bulatkan dough tu potong dgn ketebalan SATU INCI. Potong 4 bhg dough tu.

Panaskan pan tu (jgn terlalu panas/ berasap). Taburkan sedikit tepung dlm pan tu supaya x melekat. Nak letak sikit butter dlm pan ok jugak. Letakkan 4 bhg Roti dlm pan dgn api yg sederhana. Each side takes 10 minutes to cook. Cucuk Roti tu dgn pisau / toothpick to check samada dlm tu dah masak ke belum. Klu it's clean tandanya roti dah masak.

It wil be nicely crusted outside and soft in the middle. Klu u all nak letak shredded cheese masa uli tu pun sedap.

Makan dgn jam & butter or cicah dgn curry pun best. Good luck!
Quote Lengkong 20-4-2020 12:25 AM
Kalau tt ada resepi roti sukatan cawan dan untuk sikit je adunan share ye..tq tt


Quote sapasapa 14-5-2021 04:07 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.054560 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top