Ketika artis dan selebriti tanah air yang masih top 'bertekak' dengan netizen tentang isu bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19, lain pula halnya dengan orang lama seperti Zul Yahya. Beliau yang kini bergiat dalam gerakan tabligh dan mengusahakan restoran memilih untuk berbakti kepada masyarakat yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)dikuatkuasakan. Usaha murni Zul Yahya itu dapat dilihat melalui rakaman video dan gambar-gambar yang dikongsi melalui laman Facebook miliknya. Salah satu aktiviti kebajikan yang dilakukannya adalah memberi kari ayam secara percuma kepada orang ramai di Zul Yahya Steamboat & BBQ di Ipoh, Perak. "Siapa yang nakkan kari ayam, insya Allah, kari ayam, boleh datang ambil dekat Zul Yahya Steamboat. "Kita ada panas-panas lagi ni, boleh makan dengan roti jala, boleh makan dengan nasi, boleh makan dengan roti. "Insya Allah kita kongsi rezeki, kongsi nikmat," katanya melalui video yang disiarkan dalam Facebook. Difahamkan, kari ayam tersebut diagihkan melalui kaedah pandu lalu atau ambil sendiri yang siap dibungkus justeru tidak timbul isu orang ramai makan di restoran semasa PKP. Selain belanja orang ramai dengan kari ayam, Zul Yahya turut menyampaikan bantuan makanan seperti beras, telur, tepung dan minyak masak kepada golongan kurang berkemampuan. Semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala dan rezeki yang luas terhadap kebaikan yang dilakukan oleh Zul Yahya. - CARI
|
sarah82 replied at 3-4-2020 11:53 AM
Dia mmg rajin sedekah.. Aku tgk gambar makanan kat restoran dia pun byk jenis x berkira bab jual
Boomibulat replied at 3-4-2020 04:12 PM
kat mana restoran beliau..tanya je bkn nak ambk kari..
sarah82 replied at 3-4-2020 11:53 AM
Dia mmg rajin sedekah.. Aku tgk gambar makanan kat restoran dia pun byk jenis x berkira bab jual
dua_chzy replied at 3-4-2020 04:16 PM
Dia ni kalau bagi resepi kat majalah pon, legit resepinya. Takda sembunyik hidden resopi sana sini ...
sarah82 replied at 3-4-2020 12:19 PM
Hihi.. Nanti nak cari la resepi dia.. Tapi tengok gambar makanan kedai dia.. Mmg sedap.. Ramai org ...
dua_chzy replied at 3-4-2020 04:22 PM
Doluuuuu zaman stoden, ai suka beli majalah RASA. Sana la baca resepi Zul.
Dia ni dolu hada gak ...
Boomibulat replied at 3-4-2020 12:12 PM
kat mana restoran beliau..tanya je bkn nak ambk kari..
ADVERTISEMENT