Kredit foto: Kuala Lumpur Viral Semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) terhadap Zarina Anjoulie atas kelantangannya menegur sikap sesetengah artis yang mengamalkan gaya hidup mewah namun tetap mengharapkan bantuan kerajaan. Terbaru, Zarina kini menjadi topik umpatan dalam kalangan artis menerusi aplikasi Telegram. Berikutan itu, Zarina telah memuatnaik beberapa paparan skrin perbualan daripada Telegram membabitkan beberapa artis senior, yang mendedahkan sikap dan pandangan mereka yang sebenarnya terhadap netizen.
Kredit foto: Instagram anjoulielavocah1 Susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya, Zarina memuatnaik video terbaru yang mengulas mengenai perkara ini. Zarina mengatakan yang dia bukanlah punca golongan artis menjadi sasaran netizen berhubung isu rayuan bantuan kepada kerajaan untuk artis. "Aku nak beritahu yang aku bercakap secara umum. Itu fakta! Aku pun orang industri dan tahu apa yang aku cakap. Aku tak sebut mana-mana nama pun. Korang kata aku punca netizen marah sampai korang kena kecam. Mereka memang dah kecam korang pun sebelum tu", kata Zarina dalam videonya. Kredit video: YouTube MP CHANNEL Zarina mendedahkan dia ada menyimpan bukti perbualan di aplikasi Telegram dan mendakwa ada rakan-rakan artis yang menggelarnya dengan nama yang kurang elok. "Dalam group itu korang aibkan aku, malukan aku dan sebar gambar aku," katanya."Dengan screeshot yang aku dapat, aku boleh saman malu korang tau. Jadi guna otak sekarang! Semua hina netizen kata IQ rendah, lembu. Ingat sikitlah masa korang nak jual produk minta sponsor sana sini. Korang memang jenis manusia tak bersyukur," kata Zarina lagi. Zarina menyifatkan langkah untuk melumpuhkan akaun laman sosialnya adalah satu perbuatan yang melampau dan busuk hati. "Ini tempat aku tolong orang kongsi review Instagram percuma. Aku banyak buat benda baik untuk bantu orang! Yang aku sakit hati, kalau nak kenakan aku sendiri jangan sampai babitkan orang lain. Ramai orang terkesan sebab aku buat kerja amal melalui Instagram, busuk hati sampai nak tutup Instagram aku," kata Zarina lagi. Tidak lama kemudian, pelakon Sharifah Sakinah turut 'menyertai' isu panas ini dengan memuatkan video 'live' kepada pengikut Instagramnya. Di dalam videonya, Sharifah Sakinah mempertikaikan keikhlasan Zarina Anjoulie dalam memperjuangkan nasib netizen. Sharifah Sakinah mendakwa bila netizen memberi perhatian kepada Zarina dan menjadikannya sebagai 'hero masyarakat', pengikut media sosial Zarina akan bertambah dan memudahkan usahanya untuk membuat ulasan produk berbayar. Ikuti video Sharifah Sakinah sepenuhnya melalui video di bawah. Kredit: Instagram yasvger Zarina kemudian memuatnaik status dalam Instagramnya yang mengatakan Sharifah Sakinah bersikap 'double standard' kerana apa yang dikatakan oleh Zarina di dalam videonya sebelum ini hampir sama dengan video pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim. Datuk Rizalman di dalam videonya baru-baru ini, menegur seorang usahawan wanita terkenal yang suka menayang kemewahan tetapi mempertikaikan bantuan yang diterima oleh golongan bawahan. Bagaimanapun, status itu kemudian dipadam oleh Zarina. Wah bertambah hangat 'perang' di antara Zarina Anjoulie dengan segelintir artis. Bila agaknya akan berakhir dan apa kesudahannya nanti? - CARI
|
CiliPadiSedap replied at 1-4-2020 11:27 AM
#TeamAnju. Hidup Anju. cariforum bersama Anju. moderator bersama anju.
Madel replied at 1-4-2020 11:29 AM
Boikot retis2 sampah TERSANGKAK NEGARA
Madel replied at 1-4-2020 11:29 AM
Boikot retis2 sampah TERSANGKAK NEGARA
ajinomotonosuga replied at 1-4-2020 11:43 AM
Kesiaaan..napalah jadi gini..sampai report..semua kan masih orang islam
Tuhan kata klo berbantah ...
Bergosip replied at 1-4-2020 12:05 PM
Satu benda yang aku tak faham.
Black keluarkan statement tentang bantuan untuk anak seni. Yang so ...
dino replied at 1-4-2020 12:31 PM
btul.. yg tomok n black dah angkat bendera putih.. depa tahu effect klau layan org kecam die
to ...
bakingsoda replied at 1-4-2020 04:05 AM
bawah acik ogy dgn bawah abejo tu sape
Madel replied at 1-4-2020 11:29 AM
Boikot retis2 sampah TERSANGKAK NEGARA
Boomibulat replied at 1-4-2020 05:45 AM
Masa ni rambut Soeb dgn Black lebat lagi..ke photoshop?
diss69 replied at 1-4-2020 01:44 PM
Amyza dh spin dia ckp celaka tu bukan tuju kt netizen...
CiliPadiSedap replied at 1-4-2020 11:27 AM
#TeamAnju. Hidup Anju. cariforum bersama Anju. moderator bersama anju.
aderaderker replied at 1-4-2020 01:50 PM
Amiza putar, Halim....
bakingsoda replied at 1-4-2020 12:05 PM
bawah acik ogy dgn bawah abejo tu sape
ADVERTISEMENT