Hampir seminggu 3 artis ini berdebat dengan netizen berkenaan bantuan kerajaan yang khusus kepada golongan artis, akhirnya mereka memohon maaf di laman Instagram masing-masing. Dalam kenyataan itu, Black tampil membuat permohonan maaf dan mengakui saranannya itu mengundang rasa kurang senang orang ramai sahaja. Begitu juga Shuib dan Tomok yang tidak mahu memanjangkan isu ini lagi.
Justeru itu, Black Hanifah meminta netizen menghentikan kecaman dan tohmahan terhadap dia serta keluarga. "Baru-baru ini saya ada keluarkan kenyataan membuatkan orang tak selesa. Marah. Niat saya nak membantu tapi mungkin cara penyampaian salah. Saya juga manusia biasa lakukan kesilapan, harap sangat netizen di luar sana dapat hentikan komen-komen yang tak baik ke atas saya dan keluarga." Sementara itu, Tomok di Instagram turut membuat permohonan maaf berhubung isu ini. "Maaf sekiranya statement saya di instagram tempoh hari
ada menyakiti hati kalian..saya juga manusia biasa yang tidak lari dari
melakukan kesilapan..maafkan saya semua. Marilah kita sama-sama doakan semoga negara kita dan dunia bebas daripada Covid-19." Artis ketiga yang juga membuat permohonan maaf ialah Shuib atas keterlanjuran katanya. Dengan meletakkan gambar lamanya ketika kemenangan Raja Lawak, Shuib mengakui kesilapannya ketika itu. . "Saya terima apa juga kata-kata anda. Satu yang pasti, saya selalu kenang jasa anda semua yang menyokong saya. Sama sama kita bantu mana yg memerlukan dan semoga kita terus tabah dlm ujian ini... Mohon maaf skali lagi." Permohonan maaf mereka disambut dengan pelbagai respon daripada netizen. Ada yang menerima permohonan maaf itu dan ada juga yang tidak mahu lagi percaya kerana kesilapan telah pun berlaku. Malahan Faizal Tahir tidak ketinggalan memberi semangat kepada rakan artisnya supaya tabah. Apa pun, kesilapan telah pun terjadi. Ambil iktibar dan terimalah permohonan maaf mereka. Semoga kejadian ini memberi pengajaran berguna kepada semua artis untuk berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|