Aktor Redza Minhat terpanggil untuk menjelaskan kontroversi dirinya dalam telegram Persatuan Seniman Malaysia. Malahan dia juga berasa tidak percaya dengan apa yang dilihatnya namun itulah yang terjadi. Seseorang telah menggunakan namanya untuk berbincang (lebih tepat mengumpat) mengenai Zarina AnJoulie. Berikutan itu, dia memuat naik perbualan tersebut dan tertera beberapa artis yang sedang berbual seperti Zed Zaidi, Ifa Raziah, Emelda dan 'dirinya sendiri'. Dengan menulis "Anjoulie ni yg gambar nak*d pernah tersebar tu kan?" membuatkan Redza menafikan itu adalah dirinya.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|