CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Siapa Suruh Tegur? Giliran Fizo Omar Pula Kena 'Bantai' Dengan Zarina Anjoulie

30-3-2020 10:54 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 32661| Komen: 277|Original author: Straya


Kredit foto: I am Lejen

Minggu ini hangat dengan isu artis seperti Black Hanifah dan Tomok yang merayu supaya kerajaan tidak meminggirkan anak seni yang terjejas pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKK). Menerusi video Zarina yang tular pada Sabtu, dia menegur sikap sesetengah artis yang gemar menayang kemewahan namun hakikatnya tiada simpanan untuk masa depan.

Kata Zarina di dalam videonya, artis tidak seharusnya merayu bantuan khusus untuk mereka, sebaliknya inisisatif yang diumumkan kerajaan untuk rakyat secara keseluruhan sudah memadai.

Terbaru, reaksi Fizo Omar terhadap video Zarina Anjoulie tentang gaya hidup mewah golongan artis menaikkan kemarahan aktres itu. "Kesian pula aku tengok dia ni," tulis Fizo pada ruangan komen di Instagram RotiKaya.


Kredit foto: Instagram RotiKaya

Komen Fizo itu kemudian dibalas Zarina dengan nada menyindir. "Kesian kat diri kau menumpang harta bini dulu dan cerai, miskin balik lepas itu menagih followers YouTube. Jadi, kesian kat diri kau," balas Zarina.

Susulan itu, ruangan komen pada Instagram itu menjadi sasaran netizen yang rata-rata menyokong tindakan Zarina menegur semula pelakon itu.

Tidak lama kemudian, Zarina turut memuat naik video meminta Fizo untuk menghargai peminat yang selama ini menyokongnya sehingga menjadi seorang pelakon terkenal.


Video kredit: YouTube DREAM'S STUDIOS

"Fizo Omar, tolong sedar diri. Sebelum kau ada apa-apa dulu, muka buruk saja. Tanpa masyarakat, rakyat yang membantu dan beri kau sokongan, kau takkan dimana, kau masih mamat kampung. Ingat tak masa hari raya bini kau jual tudung sampai habis, masyarakat dan peminat juga yang beli, " kata Zarina dalam video YouTube ini.

Ujar Zarina lagi, "Apabila netizen dan peminat tengah susah, macam ni ke kau bayar balik mereka? Lagi satu aku nak cakap, kalau tanpa peminat semua ini, korang masih merempat dekat kampung bawa motor buruk. Sedar diri masing-masing. Kau takkan merasa bawak kereta mahal kalau bukan sebab peminat".

Zarina juga menyelar artis yang suka mengambil kesempatan meminta sokongan peminat apabila ingin mempromosi barangan atau perniagaan tetapi kurang prihatin apabila ada peminat yang ditimpa kesusahan.

Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Zarina Anjoulie. Tidak dinafikan ada anak seni yang hidup susah tetapi kebanyakan artis pada masa kini, ramai yang menayang kehidupan yang mewah. Jika layak, tak salah jika memohon bantuan sama seperti rakyat Malaysia lain. Tak perlu diwujudkan bantuan khas kerana golongan artis juga disenaraikan dalan inisiatif kerajaan yang diumumkan baru ini.-CARI

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • mind_space

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 30-3-2020 10:58 AM
Sabar fijo omar... Sabar...
Quote dubuk 30-3-2020 11:13 AM
mana nak taruh muka
Quote MatDeghem 30-3-2020 11:16 AM
Artis Tersangkak Malaysia.
Tomok, black, fizo Omar, shuib.....

Lagi sapa??
Quote CiliPadiSedap 30-3-2020 11:16 AM
hahaha makan harta bini. wakaka. kena sedas.
Quote merrissa 30-3-2020 11:19 AM
wakakkakaa...dia balas sebaris....berbakul si fizo tu kene balik WKAKAKAKAKAK....dh la pijo tu kaki sentap
Quote riena3321 30-3-2020 11:20 AM
hahaha dulu naik motor buruk
Quote naina 30-3-2020 11:22 AM
kik3. puas hati kan anju balas cmtu. bior sedar diri dia dengan ahli keluarga yg lain tu menumpang mawar je sebelom ni. paduuu!
Quote fliphair8 30-3-2020 11:23 AM
Jangan sesekali menaikkan kemarahan wanita.....bukan tamparan ko dapat dek....penghinaan yg akan melekat dlm hati tak ilang2 sakitnyaa dek....bole kemurungan
Quote kucingitam 30-3-2020 11:25 AM
good job anju
Quote beni_nikaido 30-3-2020 11:27 AM
kasar sangat tu..... jaga la juga air muka org
Quote PEPPERMAN 30-3-2020 11:27 AM
Dia ni kurang mencarut kan, tak macam diva
Quote Tudungpink 30-3-2020 11:30 AM
Anju ni dia tau cerita semua retis tp dia akan kantoikan sape yg cari pasal ngan dia jer..so retis2 yg xnak kantoi baik diam..hahaha..padan muka pijo...bodoh
Quote ekselen 30-3-2020 11:31 AM
Ayat2 anju psl pemenat2 yg mengkayakan retis tu patut bg kat Black tu balik sbb dia ni la punca yg jadik kecoh skrg ni...mamat tu yg jadik virus sbnrnya ..lahanat sgt!!
Quote KIM.K 30-3-2020 11:34 AM
Pedas2 anju bagi. Yelah masa heshe jatuh orang kutuk tintong bagai, la ni turn the table tak gitu. Jangan kena saman sudah la
Time anju susah ngan lalai dulu, ko kecam juga netizen tu. Ko lupa nak berbudi dengan orang ramai. Bila dah berhijrah jadi baik tu jangan lupa dulu pun ko buat silap..ada artis lain dalam buat maksiat masih mampu tolong orang ribu riban


Quote BoongaKertas 30-3-2020 11:44 AM
ekselen replied at 30-3-2020 03:31 AM
Ayat2 anju psl pemenat2 yg mengkayakan retis tu patut bg kat Black tu balik sbb dia ni la punca yg j ...

iols bengang plak chuols sebut nama dia. hahaha! sbb teringat rumah sewa dia berbiji2 tu.
Quote jue10 30-3-2020 11:46 AM
Hahaha padan muka pijo!
Quote fliphair8 30-3-2020 11:46 AM
KIM.K replied at 30-3-2020 11:34 AM
Pedas2 anju bagi. Yelah masa heshe jatuh orang kutuk tintong bagai, la ni turn the table tak gitu. J ...

Setuju...some people create different persona just to cover hati dia....maybe dia heart broken and kecewa or even lost tapi dlm hati masih penuh kebaikan...walopun hakak tak condone ler anju over exposed sexiness tu kan...moga hidayah kembali menjengah..
Quote shernazz 30-3-2020 11:47 AM
ekselen replied at 30-3-2020 11:31 AM
Ayat2 anju psl pemenat2 yg mengkayakan retis tu patut bg kat Black tu balik sbb dia ni la punca yg j ...

Skang ni kluster black la ni
Hahahs
Quote sonatalady 30-3-2020 11:47 AM
Dh artis sesama artis bergasak plak.
Betul2 hiburan ni sampai 14/4 nanti.
Ceria malaysia dgn pelbagai berita.

Lihat semua komen(277)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.180318 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top