Kredit foto: MalaysiaGazette Semua pemain, jurulatih dan kakitangan skuad Johor Darul Takzim (JDT) bersetuju untuk memotong 33 peratus gaji mereka sebagai usaha meringankan beban kelab serta membantu mereka yang memerlukan bantuan akibat Covid-19. Pengumuman itu dibuat menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers pada Ahad. Menerusi laporan Berita Harian, pasukan itu mengambil langkah sedemikian bagi membantu semua lapisan masyarakat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19. "Mereka juga akan mendermakan sebahagian gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor dalam usaha meringankan beban kelab serta masyarakat pada waktu yang mencabar ini," menurut kenyataan itu. Skuad JDT merupakan pasukan pertama di negara ini yang melakukan pemotongan gaji susulan penularan pandemik Covid-19. Selain JDT, beberapa pasukan terkemuka di Eropah juga mengambil keputusan memotong gaji antaranya Juventus yang memotong gaji pemain untuk tempoh empat bulan. Bayern Munich dan Borussia Dortmund turut bertindak sama dengan memotong 20 peratus gaji pemain mereka akibat pandemik Covid-19. Sementara itu, menurut laporan Harian Metro pada 29 Mac, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memuji inisiatif yang dibuat JDT untuk membantu memerangi wabak yang tengah melanda seluruh dunia ini. Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John berkata, langkah itu patut dicontohi pihak lain.
"Tahniah kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, seluruh keluarga kelab JDT, pegawai dan pemain yang turut sama berganding bahu memerangi krisis penularan wabak Covid-19," katanya. Pasukan JDT sudah memulakan langkah pertama. Pasukan bola sepak lain di Malaysia bila lagi? |
Megikari replied at 31-3-2020 12:09 PM
Player team mewah2 ni setakat potong 33% tu apa sangat la, tak terjejas pun diorang. Tak tau la kala ...
ADVERTISEMENT