Kredit foto: MalaysiaGazette
Semua pemain, jurulatih dan kakitangan skuad Johor Darul Takzim (JDT) bersetuju untuk memotong 33 peratus gaji mereka sebagai usaha meringankan beban kelab serta membantu mereka yang memerlukan bantuan akibat Covid-19.
Pengumuman itu dibuat menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers pada Ahad.
Menerusi laporan Berita Harian, pasukan itu mengambil langkah sedemikian bagi membantu semua lapisan masyarakat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.
"Mereka juga akan mendermakan sebahagian gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor dalam usaha meringankan beban kelab serta masyarakat pada waktu yang mencabar ini," menurut kenyataan itu.
<font face="Arial" size="3"> |