CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Begitu Kawan Malu Dekat Masyarakat" - Noorkhiriah Minta Rakan Artis Henti Tayang Kemewahan

31-3-2020 10:36 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8263| Komen: 22


Selepas beberapa penggiat seni dikritik orang ramai kerana memohon bantuan khas daripada kerajaan berikutan tidak dapat bekerja kerana penularan wabak Covid-19, pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie menyeru kepada rakan-rakan penggiat seni yang lain agar tidak lagi menayang kemewahan di laman sosial.


Menurutnyanya, perbuatan itu bukan sahaja mengundang kritikan orang ramai malah secara tidak langsung dapat menjaga maruah diri.
 
"Kita berbaik-baiklah ya, sebab semua ini aturan Allah. Cuma lepas ini apa saja yang kita ada cubalah kita sorok seperti mana kita sorok akan aib kita," tulisnya di ruang kapsyen.


Malah, Noorkhiriah turut menggesa penggiat seni lebih berjimat dan tidak sewenang-wenangnya menghebohkan kepada umum mengenai kesusahan sementara yang dihadapi ini.

"Jika dulu dua, tiga bulan tak ada kerja kita boleh hadap takkan tak sampai sebulan kita dah nak bergaduh beritahu dunia.

"Jangan begitu kawan malu dekat masyarakat," tambahnya lagi.

Zaman sekarang ni, ramai individu termasuk bukan artis yang hidup mewah selalu tayang harta kat orang lain atas alasan memberi inspirasi dan motivasi pada orang lain.

Sebaiknya biarlah perkara itu datang dari mulut orang lain, bukan dari mulut tuan punya badan sendiri sebab ia boleh menimbulkan macam-macam prasangka, andaian dan tafsiran yang berbeza-beza.- CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 31-3-2020 12:16 PM
X boleh ke ayat tu tulis elok2... berterabur
Quote anilanil 31-3-2020 12:19 PM
Lawa tudung bawal hijau tu..aidijuma ke. Nampak muda.
Quote che_gaia 31-3-2020 12:56 PM
Sekarang bukan masa nak nasihat,xyah tunjuk kemewahan bagai..depa dah tayang lama dah..sampai boleh melekat dalam otak netz ni..bila da kena bash pasal mtk bantuan,baru nak beringat jgn tunjuk kemewahan..sblm musim covid,selagi ade yg paling grand,harus la ditayang kepada umum...wekkk
Quote maxim 31-3-2020 01:03 PM
walaupon dgr mcm cliche tp apa yg khairat kematian ni ckp btol la.. utk masa depan xyah la nak tayang2..jdkan semua ni sbgai pengajaran
Quote naina 31-3-2020 01:12 PM
mana ayat dia bgitau takyah tayang2 kemewahan tu? takda pon
Quote jejarihalus 31-3-2020 01:24 PM
Ye klu tgk ig shuib&black ni,bukan main lagi kereta masing2...masing2 berlumba2 x nak kalah
..Tomok ni agak humble...mungkin dia terslaah ckp,suka tgk isteri Tomok x Ada nak gedik2
Quote L_Z 31-3-2020 01:33 PM
Sejak muncul nya black Dalam industry music mesia...dia paling banyak bongbangbongbang hakikatnya nokharem xdak apa pun...dah la busuk..Makin bodoh xdapat ditegur..
Fizo padan muka kena sebijik AJ sampai terlondeh ko..patut ex mentua ko xpandang ko
Shuib + serah+ black..gi mamposs a s.a.p..
Quote mizzmimi 31-3-2020 02:35 PM
Sorok bodoh memang susah sis
Quote biozipstar 31-3-2020 02:42 PM
susah nak control sbb masing2 ada mulut yg nak berjalan
Quote aderaderker 31-3-2020 02:44 PM
jejarihalus replied at 31-3-2020 01:24 PM
Ye klu tgk ig shuib&black ni,bukan main lagi kereta masing2...masing2 berlumba2 x nak kalah
..Tomok ...

Tomok tu nak backup kawan bongok dia tu.

Wrong move, bro.
Quote Suchi 31-3-2020 03:15 PM
Semua org tgh stress dan risau skrg ni, udah2la pokus pada perkara yg  penting je skrg ni.
Insya Allah selepas berakhir pandemik ni kita semua akan jadi manusia yg lebih baik setelah mengambil pelajaran di atas semua yg telah terjadi ni.
Quote CinnamonR 31-3-2020 04:28 PM
Terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata....
Quote InVendeTTa 31-3-2020 04:46 PM
Belek2 insta aku pon,ade gak upload travel sini sana luar negara..walaupon bukanla 5 star punya holiday tp bukan semua mampu la..dan kawan2 pon x semwatinya tulus hati tgok bagi like..hurm. tetibe rasa elok delete je gambo2 tu upload gambo2 zuhud je pasni
Quote Acikgomen 31-3-2020 04:56 PM
Acik mcm setuju stetmen si kiriah ni bab kalo dulu kita takde job 2-3 bulan boleh je dok dendiam, sekarang ni baru setengah bulan nak mengelupoq kenape
Dedolu bukan saja dok dendiam kalo takde job, siap propa ckp ehh saya ade je job kat show2 keparat padahal dok rumah makan tido jek
Juboq laaaaa
Quote dino 31-3-2020 05:02 PM
InVendeTTa replied at 31-3-2020 04:46 PM
Belek2 insta aku pon,ade gak upload travel sini sana luar negara..walaupon bukanla 5 star punya holi ...

share dgn grup family je.. sbb hati org lain2
Quote nur123 1-4-2020 08:23 AM
anilanil replied at 31-3-2020 12:19 PM
Lawa tudung bawal hijau tu..aidijuma ke. Nampak muda.

aidijuma. ni tudung lama dh ni
Quote susukambingbest 1-4-2020 09:01 AM
naina replied at 31-3-2020 01:12 PM
mana ayat dia bgitau takyah tayang2 kemewahan tu? takda pon

Ada kat caption. Ayat "cuma lps ni kta sorok la apa yg kta ada mcm kta sorok akan aib kta".
Quote Aai2 1-4-2020 06:07 PM
Acikgomen replied at 31-3-2020 04:56 PM
Acik mcm setuju stetmen si kiriah ni bab kalo dulu kita takde job 2-3 bulan boleh je dok dendiam, se ...

Betul tu...propa je lbh... hipokrit..
Quote nordin84 1-4-2020 06:08 PM
khiriah kan pnh xdpt job lama lps pki tudung..bagus la tu nasihat retis2 yg xbrp pandai ni

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.061682 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top