CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Perlu Memekak Minta Bantuan Kerajaan, Netizen Dedah Cara Adam Shahz Lawan Covid-19

30-3-2020 12:40 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 8944| Komen: 60|Original author: intan

Kecoh juga industri hiburan apabila para artis tampil memberikan pendapat bahawa mereka juga memerlukan peruntukan khas untuk para artis khususnya.

Namun, lain pula buat pelakon Adam Shahz yang dilihat mengambil pendekatan berbeza apabila turut sama 'turun padang' menghulurkan bantuan kepada para 'frontliners' yang terlibat dalam menangani wabak Covid-19.


Buat pelakon Adam Shahz, atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 39, beliau dikhabarkan sudah sekian lama melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan bersama Anggota Pertahanan Awam (APM).

Hal itu didedahkan oleh seorang pengguna twitter @Topanesta yang mengatakan bahawa Adam tidak 'memekak' seperti artis lain mengharapkan bantuan tapi membantu para barisan hadapan dalam menangani pandemik global ini.


Ketika ditemui mStar online, Adam berharap apa yang dilakukannya kini tidak dijadikan publisiti kerana dia sudah lama terlibat dalam aktiviti sukarelawan, tidak hanya turun padang ketika wabak ini melanda.

Beliau juga memaklumkan tidak menerima sebarang bayaran atau elaun tapi sama sekali tidak kisah kerana ini tanggungjawab beliau kepada negara. Lagi pula dia hanya duduk di rumah tidak berbuat apa-apa, lebih baik turun membantu. 

Kredit foto : Twitter Topanesta

"Semua program saya terlibat secara sukarelawan. Termasuklah misi memberi bantuan kepada 'frontliners' ini. Sejak hari pertama lagi perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, saya bersama anggota APM lain sudah mula turun padang beri bekalan makanan kepada anggota barisan hadapan," jelasnya lagi.

Sebelum ini, kecoh apabila selebriti seperti Black, Tomok dan Shuib Sepahtu tampil meluahkan pandangan mereka mengenai anak seni khususnya para artis veteran dan pekerja belakang tabir yang perlu dibantu akibat kehilangan sumber pendapatan gara-gara PKP ini.

Kredit foto : BH online
Namun begitu, isu ini menjadi panas apabila netizen mempersoalkan tanggungjawab artis itu sendiri dalam memberikan bantuan sessama mereka kerana mereka ini sering dilihat mempamerkan kehidupan mewah di media sosial.-CARI


1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 30-3-2020 12:50 PM
Bukan dia ni ex suami pelakon apa tu yg ada skandal dgn suami org.
Quote unguaurora 30-3-2020 12:51 PM
sarah82 replied at 30-3-2020 12:50 PM
Bukan dia ni ex suami pelakon apa tu yg ada skandal dgn suami org.

Patin apipah
Quote minah_selekeh 30-3-2020 12:56 PM
Bagus la turun padang bantu apa yang patut.. Artis lain ada ke yang macam ni jugak?
Quote BomBoLoniS 30-3-2020 12:56 PM
Alhamdulillah
Quote sarah82 30-3-2020 01:00 PM
unguaurora replied at 30-3-2020 04:51 PM
Patin apipah

Haaaa.. Kan2..dia ni berlakon tak kayu.. Dan dia pun tak malu buat kerja apa pun janji halalkan
Quote Awanku 30-3-2020 01:02 PM
Mcm ni lah baru Rakyat Malaysia...
Quote aireen24 30-3-2020 01:02 PM
Dia ni bukan engineer ke? Ke silap orang
Quote amyza82 30-3-2020 01:03 PM
Baguihhhhh walopon muke cam komunis tapi ati baik .
Bukan mcm si itam ngan jawa shuib tu, tak cukup muke hodoh complete package ngan ati busuk
Quote tomatome 30-3-2020 01:17 PM
Yang tak disangka2 jd volunteer..

Mana gi si kekrul???? Acah2 je negara keluarga sama bagai!!! Wira konon nak je ak haktuihh kan.. mesti duk bsenang2 duk kondo ngadap klcc tu la kan
Quote doubleA 30-3-2020 01:21 PM
Dia sendu pun mampu volunteer tanpa harapkan duit
Quote ariellin 30-3-2020 01:26 PM
tomatome replied at 30-3-2020 12:17 PM
Yang tak disangka2 jd volunteer..

Mana gi si kekrul???? Acah2 je negara keluarga sama bagai!!! W ...

Kekrul bz rekod bideo alisya menari, alisya panjat sofa pastu bebel dlm sotong ada plastik..
Quote tomatome 30-3-2020 01:32 PM
ariellin replied at 30-3-2020 01:26 PM
Kekrul bz rekod bideo alisya menari, alisya panjat sofa pastu bebel dlm sotong ada plastik..

Itu je level dia sama gak ngan bini acah classy yang bimbo abess!!! Daftar mengundi pun tak buekkkkk
Quote makneng 30-3-2020 01:36 PM
Kekrul lembam mana? Negara, keluarga sama katanye
Quote toynme 30-3-2020 01:51 PM
Nak pegi serang rumah datin itik jap la...
Quote gummiebear 30-3-2020 01:53 PM
Terima kasih

Macam ni laa bila orang betul2 buat kije tanpa harap balasan. Orang lain yang expose kat socmed, bukan heols sendiri heboh2
Quote acikbajuhijau 30-3-2020 01:58 PM
tomatome replied at 30-3-2020 05:17 AM
Yang tak disangka2 jd volunteer..

Mana gi si kekrul???? Acah2 je negara keluarga sama bagai!!! W ...

Kan. Dah berpuluh kali jadi "hero" selamatkan negara walau sendu. Namun sehingga kini, hampeh. Kata pejuang negara.
Quote Kurex 30-3-2020 01:58 PM
Dah la comel
Quote bakingsoda 30-3-2020 02:15 PM
semoga artis2 sendu yg ikhlas membantu dikurniakan rezeki yg banyak semasa dan selepas pandemik berakhir yg herol tu takyah heran la setakat jadi wira dlm dunia fantasi je, mungundi yg sekadar beratur dan tanda kertas tu pon dia laki bini sampah tak buat
Quote Tudungpink 30-3-2020 02:20 PM
minah_selekeh replied at 30-3-2020 12:56 PM
Bagus la turun padang bantu apa yang patut.. Artis lain ada ke yang macam ni jugak?

A aida pun ada buat jgk, tgk sharul shiro pun bg bantuan jgk..

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.042599 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top