CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Makan Dalam" - Kain Rentang Dengan Mesej Pedas Covid-19 Mula Digantung

26-3-2020 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3798| Komen: 19

Pelbagai cara dilakukan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya duduk di rumah pada waktu perintah kawalan pergerakan (PKP) ini.

Ini termasuklah usaha yang digerakkan oleh pemuda Permatang Pauh yang menggantung kain rentang dengan mesej pedas kepada mereka yang degil dan keras kepala ini.

Kredit foto: Twitter


Menerusi laman Twitter, dapat dilihat beberapa kain rentang mula dinaikkan di kawasan tersebut yang datangnya dari inisiatif Pemuda PKR di situ.

Mesej yang disampaikan juga ringkas namun cukup pedas dan 'makan dalam' seperti 'Selangkah anda di luar rumah, selangkah anda ke kubur', 'Anda kebal, keluarlah rumah' dan sebagainya.


Memetik laporan ProjekMM, ia dipercayai diinspirasikan daripada usaha yang dilakukan di China bagi mengekang wabak Covid-19 ini.

Dalam pada itu, para netizen turut teruja dengan inisiatif ini dan mereka juga memberikan 'tagline' pedas kepada masyarakat yang degil ini.

Mereka turut menyarankankan agar mesej ditulis dalam beberapa bahasa lain agar semua pihak lebih peka. 

Apa pula pendapat anda? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-3-2020 06:05 PM
Tak makan dalam... Sepatutnya maki mencarut je
Quote salmon-suki 26-3-2020 06:21 PM
Tingat plak video kt ig y aiolzs tgk smlm,polis geram sgt agaknya kt budak2 y bt bising kt apartment,terus ckp mcm beruk..ai loike dgn keberanian abam2 polis itu..{:love
Quote aderaderker 26-3-2020 06:22 PM
Tulis dalam BM, puak tu paham ke?

Kena tulis English/Chinese jugak kut.

Quote Artemesiaa 26-3-2020 06:56 PM
Mungkin berkesan berkesan buat yang suka beringat tapi kalau dah jenis degil kepala batu tak pasti ia akan berkesan
Quote evlinne 26-3-2020 07:12 PM
Wahh good job gaisss
Tiru china benda yg baik camni ok jer
Quote pu3_rania 26-3-2020 07:46 PM
Syabas!!!
Seharusnya di ikuti oleh orang ramai usaha yg sebegini di tempat lain
Quote pu3_rania 26-3-2020 07:46 PM
aderaderker replied at 26-3-2020 06:22 PM
Tulis dalam BM, puak tu paham ke?

Kena tulis English/Chinese jugak kut.

Ya setuju sgt
Quote Cassieopeia 26-3-2020 08:46 PM
ni pun ada puak yg pertikai hal pkp dan sekatan polis ni. xfaham betul
Quote Cumikucingku 26-3-2020 08:48 PM
Adeh...

Tetiba teringat...yg org dok slalu sebut kalau ade org tua tak sedar diri....

Umah kata pegi ... kubur kata mari...
Quote Aai2 26-3-2020 09:07 PM
Baguslah..ada inisiatif nak bantu kerajaan dlm PKP ni..
Quote kroit92 26-3-2020 09:32 PM
ni ala-ala reverse Psychology ke?
Quote sapeka 26-3-2020 09:53 PM
Hu...ikut tak mau melangkah
Tapi kena p keja
Cane?
Quote eizarz 26-3-2020 09:57 PM
kalau tulis la apa pun..kalau dah bebal degil tak nak dengar tak jadi jugak...
Quote eizarz 26-3-2020 09:57 PM
kalau tulis la apa pun..kalau dah bebal degil tak nak dengar tak jadi jugak...
Quote Skuau 26-3-2020 10:12 PM
kaloo ada bdk nakal yg 'KREATIF'( tak bertempat la)...depa akn tambah...'hang yg letak/gantung benda ni tak pi kuar umah ka'???
Quote gideoncross 26-3-2020 11:47 PM
Edited by gideoncross at 26-3-2020 11:48 PM

Nsib kitorg kat cni chill je keh3x. Nak p krja pun sng, xde smpai ada mentaliti mcm ni.
Quote raihaneem 27-3-2020 10:19 AM
Geram dgn sikap degil gini
Quote GigaMom 29-3-2020 06:37 PM
aderaderker: Tulis dalam BM, puak tu paham ke?Kena tulis English/Chinese jugak kut.


Siapa x faham BM bahasa negara sendiri, lantakla
Harap dibedal abam askar
Xpun mampus beramai2 kerana covid di tepi jalan
Quote Lailerthee 29-3-2020 11:35 PM
Tulis laa makan dalam or kasar mcm mne pon klu da dasar degil keras kepala ttp xdgr jugak.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.056554 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top