Ketika ramai menjangkakan ramai pihak akan berkumpul di bank hari ini bagi mengeluarkan wang gaji masing-masing, nampaknya pandangan itu meleset sama sekali.
Memetik laporan Harian Metro, kakitangan awam dilihat patuh dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan ke atas semua rakyat negara ini. Tinjauan yang dibuat oleh pihak akhbar tersebut di bank dan mesin ATM di pekan Slim River mendapati suasana perbankan berjalan dengan lancar dan tenang. Malah, seorang kakitangan awam di situ mengakui suasana di mesin ATM hari ini berbeza dengan sebelum ini pada waktu mengeluarkan wang gaji yang kebiasaannya lebih sibuk.
“Saya rasa, proses mengeluarkan wang gaji ketika PKP lebih mudah kerana keadaan di bank serta mesin ATM tidak sibuk atau perlu bersesak-sesak. “Sebelum ini, berlaku sebaliknya dan orang ramai menunggu agak lama bagi mendapatkan giliran untuk mengeluarkan wang,” katanya. Dia juga berpendapat kesedaran di kalangan orang ramai dan kakitangan awam terhadap wabak Covid 19 semakin tinggi. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
tagas replied at 25-3-2020 06:42 PM
tanda2 penjawat awam dah selesa
byk lg baki dr gaji bulan2 lps
isseliparjepun replied at 25-3-2020 06:22 PM
Tempat aku ramai tadi. Mengikut kata somi aku la. Dia kata sampai van buat pengumuman tu dipandang s ...
ADVERTISEMENT