CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 4917|Reply: 50

Spekulasi Meleset, Tak Ramai 'Panik' Ambil Gaji Hari Ini

[Copy link]
Post time 25-3-2020 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Ketika ramai menjangkakan ramai pihak akan berkumpul di bank hari ini bagi mengeluarkan wang gaji masing-masing, nampaknya pandangan itu meleset sama sekali.


Memetik laporan Harian Metro, kakitangan awam dilihat patuh dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan ke atas semua rakyat negara ini.


Tinjauan yang dibuat oleh pihak akhbar tersebut di bank dan mesin ATM di pekan Slim River mendapati suasana perbankan berjalan dengan lancar dan tenang.


Kredit foto: Harian Metro





Malah, seorang kakitangan awam di situ mengakui suasana di mesin ATM hari ini berbeza dengan sebelum ini pada waktu mengeluarkan wang gaji yang kebiasaannya lebih sibuk.


“Saya rasa, proses mengeluarkan wang gaji ketika PKP lebih mudah kerana keadaan di bank serta mesin ATM tidak sibuk atau perlu bersesak-sesak.


“Sebelum ini, berlaku sebaliknya dan orang ramai menunggu agak lama bagi mendapatkan giliran untuk mengeluarkan wang,” katanya.


Dia juga berpendapat kesedaran di kalangan orang ramai dan kakitangan awam terhadap wabak Covid 19 semakin tinggi.


Apa pula pendapat anda? - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2020 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah penjawat awam..aku pun tak cucuk lagi duit gaji....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua plan nak kua esok lua..takut bersesak pny psl.skali xsesak pulak.ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 06:16 PM | Show all posts
Tengok kawasan juga mungkin.  Ramai juga pilih menunggu hari lain nak pergi atau dah makin bijak gunakan kemudahan atas talian untuk apa2 urusan bank.  Tak kurang ada yang nak berjimat selepas melalui tempoh seminggu stay at home ni.  Pergi keluarkan bila perlu je nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
aku cucuk duit sblm gaji, ingt ramai hri nie
sekali lalu tadi tiada orang
biasa smpai beratur ke luar pintu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat aku ramai tadi. Mengikut kata somi aku la. Dia kata sampai van buat pengumuman tu dipandang sepi oleh acik acik yang ambik gaji hari ni. Tapi depends on bank le jugak. Bank aku teda orang. Aku paling penting melunaskan bayaran sekolah anak anak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2020 06:23 PM | Show all posts
duit gaji bulan lepas x abis lg kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 06:25 PM | Show all posts
e-wallet jah sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2020 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok kat cimb la bukan maybank
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tanda2 penjawat awam dah selesa

byk lg baki dr gaji bulan2 lps
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin stok mknn kt umah ada lg..so nnt bila keluar br cucuk duit..bil2 semua blh byr online
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Byr macam2 pakai online banking je..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 06:44 PM | Show all posts
Aku pegi pukul 8 pagi tadi... aku berdua saja dengan sorang pakcik kat atm....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayar kereta/rumah pakai online banking. Nak cucuk untuk beli barang2 lain tunggu Hari lain je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayaran hutang semua boleh bt online. Aku beli brng pun pakai e wallet, taknak cash sgt. Isi minyak pakai settle. So cash in hand tak sure perlu ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
when the clock strikes 0000hrs(25/3) dah kaut semua kecuali tinggalkan 5 HENGGET didalam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2020 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 25-3-2020 06:42 PM
tanda2 penjawat awam dah selesa

byk lg baki dr gaji bulan2 lps

directors fees tahun 2017 belum cucuk keluarkan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 25-3-2020 06:22 PM
Tempat aku ramai tadi. Mengikut kata somi aku la. Dia kata sampai van buat pengumuman tu dipandang s ...

sekolah bukak tahun depan...dont worry
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bgus la klau dh rmai ad ksedaran. jgn hrini smua tahu x rmai kluar atm esok pkat kluar serbu atm
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua ada online buat online banking bang
Saya menurut arahan..gittew
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048535 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list