CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Yang Dah Balik Kampung, Jangan Balik Ke Bandar Sekarang

24-3-2020 06:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13701| Komen: 173

Bagi mereka yang tinggal di bandar namun pulang ke kampung ketika cuti sekolah baru-baru ini diminta untuk terus kekal di kampung.

Ia sebagai antara langkah bagi membendung penularan Covid-19 di negara ini.


Hal tersebut dijelaskan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang berkata, terdapat trend rakyat yang pulang ke kampung sebelum ini mahu kembali ke bandar pula.

Susulan itu, polis mengadakan sekatan jalan raya di 23 plaza tol di seluruh negara, Harian Metro melaporkan.

Kredit foto: Harian Metro


“Pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan kini meningkat kepada 95 peratus tetapi terdapat trend rakyat yang pulang ke kampung sebelum ini ingin kembali ke bandar besar pula.


“Kesesakan di bandar ketika ini semakin berkurang dan jalan raya semakin lengang dengan kadar pematuhan tinggi hasil kerjasama bersepadu dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rela dan pihak berkuasa tempatan.

“Namun sudah ada menunjukkan trend rakyat yang pulang ke kampung sebelum ini ingin kembali pulang ke bandar besar untuk kembali bekerja. Saya harap ia tidak dilakukan sama sekali. Terus tinggal di kampung halaman masing-masing,” katanya.

Bagi mereka yang gagal mematuhi arahan, tindakan undang-undang akan diambil.

“Pihak polis mungkin akan mengubah cara mereka bukan setakat nasihat tetapi tindakan undang-undang juga akan diambil kepada mereka yang menghalang penjawat awam dan juga masih berdegil dan gagal mematuhi arahan atau nasihat yang dikeluarkan pihak polis,” katanya.- CARI
6

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harisbee 24-3-2020 06:59 PM
Galak nak balik lg..duduk je la sana bercucuk tanam ke apa
Quote Kurex 24-3-2020 07:12 PM
Kawan mak aku mintak mask semata nak pentingkan diri sendiri balik kg dia dekat melaka nun! Kalau takde mask jangan balik kg la!!!!!
Quote matamata 24-3-2020 07:14 PM
Ambik annual leave la korang seminggu....
Quote matamata 24-3-2020 07:16 PM
Gov. tolong jgn berlembut dgn manusia2 mcm ni....org dah kuatkuasakan MCO...tapi diaorg malas nak membaca...sepatutnya tak timbul isu balik kampung ni kalau diaorg baca detail MCO tu
Quote rosa_canina 24-3-2020 07:21 PM
Aritu beria2 berpusu2 blk kg..skg dh gelabah plk. Hrp2 polis/askar saman kaw2 je yg sibok sgt nk travel blk..
Quote munchkin 24-3-2020 07:25 PM
Padan muka lanc lanc ni. Bab1 amat perangainya. Then kenapa ko berpusu balik kampung  pisang katanya. Mmg anjay.

Sorry ya saya amat marah.
Quote AbukRokok 24-3-2020 07:27 PM
jgn bagi biar dia  hidup xtenang xdpt masuk keje n kne pecat
klu degil sgt pndai2 la cari jalan tikus
Quote Tinot7 24-3-2020 07:27 PM
dok le dendiam kat kg..
Quote harisbee 24-3-2020 07:28 PM
Bosan x de tenet lewtu ceruk lg...gagah nak balik kg
Quote mbhcsf 24-3-2020 07:30 PM
stay at home

masih ade ye yg tak faham , i have no idea dah la macam ni ....
Quote EJALTI 24-3-2020 07:31 PM
Padan muka....CASH!!!
Quote matamata 24-3-2020 07:31 PM
MCO is either you work from home or stay at home...bukan suruh balik kampung...defeat the purpose...lepas tu meroyan kata tak di bagitau....tapi malas membaca...info dihujung jari pun malas....
Quote harizs 24-3-2020 07:32 PM
rosa_canina replied at 24-3-2020 07:21 PM
Aritu beria2 berpusu2 blk kg..skg dh gelabah plk. Hrp2 polis/askar saman kaw2 je yg sibok sgt nk tra ...

mereput la korang kat kampung masing2.  tambah2 lagi line Internet slow nak mampos
Quote salmon-suki 24-3-2020 07:37 PM
Tolong laa..dgn perasaan dengki dan jeles,ai akan komen..ko dah balik kg tu,stay je dgn family~!cuba ko bayangkan betapa ramai y nak balik kg tp tpkse stay kt tmpt mastautin sbb mco ni! Korang tak reti bersyukur ke???
Quote Peterpan17 24-3-2020 07:39 PM
AbukRokok replied at 24-3-2020 07:27 PM
jgn bagi biar dia  hidup xtenang xdpt masuk keje n kne pecat
klu degil sgt pndai2 la cari jalan tik ...

Jkn tikus askar siang siang dah seal. askar mmg pakar jln tikus
Quote Peterpan17 24-3-2020 07:40 PM
salmon-suki replied at 24-3-2020 07:37 PM
Tolong laa..dgn perasaan dengki dan jeles,ai akan komen..ko dah balik kg tu,stay je dgn family~!cuba ...

aku harap polis & tentera lbh bertegas &
saman siapa yg berdegil nak blk dr kampung tu. Mesti nanges kena parted dgn RM300 saman
Quote salmon-suki 24-3-2020 07:43 PM
Peterpan17 replied at 24-3-2020 07:40 PM
aku harap polis & tentera lbh bertegas &
saman siapa yg berdegil nak blk dr kampung tu. Mesti nan ...

Kalau mcm ni,saman tu terus kena bayar on the spot ke?hahahahaha
Quote Peterpan17 24-3-2020 07:44 PM
salmon-suki replied at 24-3-2020 07:43 PM
Kalau mcm ni,saman tu terus kena bayar on the spot ke?hahahahaha

tak tau tp klu kena byr on the spot harus nanges air mata darah jawabnya
Quote wirazam 24-3-2020 07:44 PM
kerajaan kena buat pengumuman..sambung MCO seminggu lagi cukup 21 hari..

senang diaorg nak buat preparation nak balik dan senang jugak KKM nak saring..

Lihat semua komen(173)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.114420 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top