CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Siap Buat Video, Bergambar Bagai", Ustaz Shahrizan Kritik 'Ustaz' Yang Mana?

25-3-2020 11:30 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 13259| Komen: 55


Wabak COVID-19 menyaksikan barisan frontliners kita betul-betul bertungkus lumus merawat penyakit ini tanpa rehat yang cukup.

Lantaran itu, atas rasa prihatin, ada sesetengah pihak menyalurkan sumbangan dalam bentuk peralatan dan makanan sebagai sokongan terhadap petugas-petugas frontliner yang mempertaruhkan nyawa untuk berhadapan dengan wabak maut ini.

Namun Ustaz Shahrizan menerusi di Instagramnya memuat naik satu hantaran tentang rasa tidak puas hatinya terhadap individu yang menyalurkan bantuan dan merayau sesuka hati.

Kredit foto: Instagram Ustaz Shahrizan



Katanya pihak tersebut tidak mematuhi SOP Kawalan Pergerakan dan Social Distancing. Malah, dia turut menempelak segelintir pihak yang terlalu double standard hanya disebabkan pihak itu orang terkenal.


Tegasnya lagi, perbuatan berkenaan akan ditiru orang lain yang akan menambahkan lagi risiko penularan wabak ini.


Kenyataan tersebut telah mengundang polemik dikalangan netizen, ramai yang menegur sikapnya itu kerana ada cara yang lebih baik jika ingin membuat teguran namun sebahagian lagi menyokong tindakan Ustaz Shahrizan.




Kredit foto: Instagram Ustaz Shahrizan


Biarpun Ustaz Shahrizan telah menjelaskan bahawa hantaran tersebut adalah secara umum dan tidak menyebut mana-mana nama secara spesifik, ada yang beranggapan ia ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew.


Semoga isu ini dapat diselesaikan secara baik kerana pendakwah sepatutnya jadi contoh teladan yang baik kepada orang awam. Pendakwah bukan batu api, tapi pendamai umat.-CARI



Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 25-3-2020 11:34 AM
Aku rasa dia tuju kat ustaz ebit tu
Quote tipuware 25-3-2020 11:40 AM
Aku rsa ustaz ebit juga. Pasal dr dia beli KFC then beli aircon portable then terbaru kais portable shower..
Quote nazzse 25-3-2020 11:44 AM
Sebab ko tak famous kan, sbb tu rengsa..ok je dgn ebit lew tu nampak la jgk membantu di kala org famous yang lain membatu
Quote Ladybird910 25-3-2020 11:44 AM
hahahaha...aku pon sbnrnye nk kecam gak..beria2 jalan..tp okla tabligh tu jalan bagi bantuan dr pm tepi dan pm 7i yang kaya gile tapi dok senyap ja..masih bitter hilang pencen mungkin..kehkeh
Quote Kakalongmu 25-3-2020 11:51 AM
Statement macam dengki jer macam busuk ati jer ustaz ni.. Rengsa sangat dengan rezeki orang lain. Muka pun stok2 muka rempit ayooooo
Quote Kakalongmu 25-3-2020 11:52 AM
Ladybird910 replied at 25-3-2020 11:44 AM
hahahaha...aku pon sbnrnye nk kecam gak..beria2 jalan..tp okla tabligh tu jalan bagi bantuan dr pm t ...

Harta heols anak beranak 7keturunan makan tak habis sikit tak mau memberi... Dah banyak kaut kot
Quote evlinne 25-3-2020 11:55 AM
Biaq pi lah ustaz ebit nak bantu pun
Ko x nak kecam yg jutawan kutip duit org utk derma ke sedangkan terlebih mampu derma guna duit sndri..
Ada peniaga kedai cina, melayu, mamak pun menderma kt homeless sume tu
X nak kecam???
Quote Ladybird910 25-3-2020 11:59 AM
Kakalongmu replied at 25-3-2020 11:52 AM
Harta heols anak beranak 7keturunan makan tak habis sikit tak mau memberi... Dah banyak kaut kot

Tula pasal...

Aku perati je orka2 yg masuk forbes tu..takkan nk tggu keturunan ko mati sorg br nk donate.pffft
Quote kucingitam 25-3-2020 12:00 PM
ustaz pun takleh bersangka baik.

patutnya berterima kasih la ada yang sukarela nak bantu..
Quote bakingsoda 25-3-2020 12:07 PM
kalau bagi bantuan tu perlu ke yg bagi tu tercongok skali hulur barang sedangkan barang tu blh delivery, call je penerima suruh tggu orang hantar. ni bertangan2 dah pegang permukaan yg sama tah bersih ke idok. nak sumbang duit transfer. nak sumbang barang order online, guna alamat penerima. ini pendapat aku la utk minimize physical contact. lagipon seeloknya tangan kanan memberi tangan kiri tak tahu especially sumbangan personal perlu ke org tau?
Quote CiliPadiSedap 25-3-2020 12:09 PM
dia ramai follower, follower dia transfer online banking untuk misi bantuan, yang tak famous ni duduklah diam2.
Quote violetungu 25-3-2020 12:18 PM
Adoi sesama ustaz pun kedengki ke??
Quote KIM.K 25-3-2020 12:28 PM
Ust Ebit Lew sepatutnya tak menyertai lori nak bagi sumbangan. Boleh duduk rumah seperti orang lain dan bagi arahan hujung jari kat drebar lori..takda masalah

Ustaz kebelakangan ni sejak popular..maaf saya kata..agak over



Quote namieamuro 25-3-2020 12:52 PM
ustaz ebit xde yg tego ke suh duk dendiam kt umah..ade jenjiran iols buat jugak derma mknn utk frontliners yg bertugas berdekatan..mknn tu nti laki die p hantar

bkn ape..ustaz tu femes..isau nti ade la mangkok x phm bahase ikut gk konon nk p derma bantuan gak mcm yg berlaku kt istana negara 1 mase yg lampau..smpi mangkok ayon terlepas nk bg ribu riban kt ummat dpn istana..drama mcm tu tak diperlukan lg

kite perlukan drama spt askar sesah rakyat yg degil langgar perintah

Quote Tunan 25-3-2020 12:57 PM
Us ebit amik video utk bukti.kat penderma yg dia dah bg duit derma tu?
Quote Kurex 25-3-2020 12:59 PM
Kau sebenarnya jeles kan penunggang?????
Quote opie5662 25-3-2020 01:05 PM
Ladybird910 replied at 25-3-2020 11:59 AM
Tula pasal...

Aku perati je orka2 yg masuk forbes tu..takkan nk tggu keturunan ko mati sorg br  ...

Tak semua org mcm alip sukri nk tunjuk ape yg die bagi. So yg dok byk bunyi dlm forum dah bape byk sumbangan yg korang bagi. Ke sumbangan mengata je yg mampu.

Sibuk sgt pertikai sumbangan org. Tipikal netizen. Time2 mcm ni, byk2 la munasabah diri.
Quote Zaien 25-3-2020 01:22 PM
Ebit turun padang la.. kang donater ckp x buat keje plak huhuh
Quote Ladybird910 25-3-2020 01:50 PM
opie5662 replied at 25-3-2020 01:05 PM
Tak semua org mcm alip sukri nk tunjuk ape yg die bagi. So yg dok byk bunyi dlm forum dah bape byk ...

Haha.ni tanya ke sindir?

Kalau semata nak sindir aku rasa xde beza la ko dgn forumer lain kat sini.kah!

Nway just so u know ramai je forumer sini dh mula myumbang..ko je tak perasan..like u said,xsemua mcm alip kan..luls

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.133848 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top