Wabak COVID-19 menyaksikan barisan frontliners kita betul-betul bertungkus lumus merawat penyakit ini tanpa rehat yang cukup.
Lantaran itu, atas rasa prihatin, ada sesetengah pihak menyalurkan sumbangan dalam bentuk peralatan dan makanan sebagai sokongan terhadap petugas-petugas frontliner yang mempertaruhkan nyawa untuk berhadapan dengan wabak maut ini.
Namun Ustaz Shahrizan menerusi di Instagramnya memuat naik satu hantaran tentang rasa tidak puas hatinya terhadap individu yang menyalurkan bantuan dan merayau sesuka hati.
Kredit foto: Instagram Ustaz Shahrizan
Katanya pihak tersebut tidak mematuhi SOP Kawalan Pergerakan dan Social Distancing. Malah, dia turut menempelak segelintir pihak yang terlalu double standard hanya disebabkan pihak itu orang terkenal.
Tegasnya lagi, perbuatan berkenaan akan ditiru orang lain yang akan menambahkan lagi risiko penularan wabak ini.
Kenyataan tersebut telah mengundang polemik dikalangan netizen, ramai yang menegur sikapnya itu kerana ada cara yang lebih baik jika ingin membuat teguran namun sebahagian lagi menyokong tindakan Ustaz Shahrizan.
Kredit foto: Instagram Ustaz Shahrizan
Biarpun Ustaz Shahrizan telah menjelaskan bahawa hantaran tersebut adalah secara umum dan tidak menyebut mana-mana nama secara spesifik, ada yang beranggapan ia ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew.
Semoga isu ini dapat diselesaikan secara baik kerana pendakwah sepatutnya jadi contoh teladan yang baik kepada orang awam. Pendakwah bukan batu api, tapi pendamai umat.-CARI
|