CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Menangis Kepenatan, Rayu Rakyat Beri Kerjasama

24-3-2020 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7626| Komen: 57

Tular di laman sosial rakaman audio WhatsApp mengenai luahan dan rayuan petugas kesihatan yang juga barisan hadapan memerangi Covid-19.

Menerusi video itu, kedengaran suara wanita menangis merayu kepada rakyat Malaysia untuk memberi kerjasama dan bersikap jujur ketika membuat pemeriksaan kesihatan.


Beliau juga mendedahkan keadaan petugas kesihatan menangis akibat keletihan melampau kerana tanggungjawab menuntut mereka bekerja lebih masa.


Foto: Twitter

"Apa yang paling kita takuti adalah pasukan barisan hadapan mula kepenatan, hilang semangat dan keletihan melampau.

"Staf Kementerian Kesihatan (KKM) ada yang bekerja sehingga 18 jam sehari. Bahkan, tukang cuci hospital menangis melihat doktor dan staf KKM kelesuan, keletihan dan hati yang tak bermaya lagi.

"Kita paling risau barisan hadapan dan paling penting ini tumbang," luahnya.


Malangnya, ramai yang diberi cuti supaya duduk di rumah tidak menghargai pengorbanan dan penat lelah staf KKM.

Beliau terkilan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab mempersendakan pengorbanan mereka selain menjadikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai jenaka.

Lebih mengecewakan, ramai yang degil dan menipu ketika melakukan pemeriksaan kesihatan.


Foto: Youtube

"Setelah disahkan positif Covid-19, menangis doktor yang merawat mereka kerana kini, mereka pula yang dikuarantin.

"Sedarlah semua, kasihanilah mereka. Jururawat dan doktor cuba membantu, tetapi mereka pula yang terkena jangkitan akibat pesakit yang menipu dan tidak jujur begini," rayunya.


Foto: KKM

Beliau sekali lagi merayu agar rakyat mematuhi segala arahan kerajaan dan mendapatkan rawatan jika perlu serta bersikap jujur.

"Ucaplah terima kasih kepada hero dan heroin kita yang tak bernama ini.

"Tolonglah duduk di rumah. Semoga Allag mempermudahkan segala urusan dan mengampunkan segala dosa kita," luahnya. - CARI



Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 24-3-2020 10:13 AM

tak ada rotation ke? kena ada rotation shift - perlu juga ada balik bilik (disediakan dlm hospital) utk mereka rehat dan makan. walaupun dpt tidor sekejap itu bagus utk ketahanan badan. also makan yang cukup.

Menteri Kesihatan kena ambil action jaga kebajikkan staff.  Di China ramai doktor dan nurse yang mati akibat tidak ada pengalaman berhadapan dgn virus ini.  
Quote Kurex 24-3-2020 10:18 AM
Tembak je yg degil macam ni!
Quote miss_strangers 24-3-2020 10:23 AM
Boleh x buat denda camni utk yg degil?? Tangkap Dan soh berkhidmat kat hospital tolong medical team.

Kuatkuasakn arahan, sape yg degil , kena stay hospital tolong team medical
Quote huJanBaTu 24-3-2020 10:32 AM
ye dok doktor2 ni? malaysia memang ada rising case tapi scattered all over malaysia. bukannya setiap hari satu hospital terima 100-200 patient. nangis macam condition dah kat itali. keadaan memang sukar tapi masih terkawal. yg dalam ICU pun tak sampai 50 orang (pun scattered all over 22 hospital in malaysia)
lagipun yg terlibat convid19 dh tak jaga wad2 yg biasa nih
Quote olezzeli17 24-3-2020 10:40 AM
huJanBaTu replied at 24-3-2020 10:32 AM
ye dok doktor2 ni? malaysia memang ada rising case tapi scattered all over malaysia. bukannya setiap ...

Sebab sebelum ni kita dh tbiasa bkerja pada tahap yg biasa.. Mksudnya masih boleh diterima, boleh lagi nk gelak2, boleh lagi nk melenggang kangkung, boleh lagi bisnes online, boleh lagi buat potluck.. Bila kena musibah macam ni, mereka jd tak bsedia sebab mendadak
Quote otai_g 24-3-2020 10:40 AM
Kkm patut tmbh staff. Rmi je yg nk keje dgn kkm ni. Keje kerajaan kot.

tp tu la spa x nak ambik
Quote Straya 24-3-2020 10:43 AM
Aku rasa hospital kerajaan kat Msia ni sentiasa penuh aje kalau tak ada covid 19 pun.Kalau hari biasa aku dengar doktor kat govern hospital Msia ni jumpa 100 pesakit.Dengan virus ni lagi la teruk.

Sis in law aku dekat hospital kajang.Dia kata tak ada lah teruk sampai kerja berbelas jam sehari.Tapi dia anaesthetist la.
Quote DARSITA 24-3-2020 10:44 AM
otai_g replied at 23-3-2020 06:40 PM
Kkm patut tmbh staff. Rmi je yg nk keje dgn kkm ni. Keje kerajaan kot.

tp tu la spa x nak ambik : ...


Chup chup .. Bebudak nurse yang tamat pengajian tu nak diletak di mana?


Tapi mmg ramai orang biasa yg berminat kerja dgn KKM. Bukan susah pun - kalau shift malam boleh ikut ambulance hantar orang sakit ke sana dan ke mari. Kerja terjamin sampai 55 yrs.


Quote huJanBaTu 24-3-2020 10:46 AM
olezzeli17 replied at 24-3-2020 10:40 AM
Sebab sebelum ni kita dh tbiasa bkerja pada tahap yg biasa.. Mksudnya masih boleh diterima, boleh  ...

tu la pasal. bukan pasal workload sangat. tapi emosi kacau..

Quote DARSITA 24-3-2020 10:47 AM


Kita tolak tepi pasal rakyat tak dengar arahan. Tapi kementerian kena jaga lah staff. Staff tak perlu lah balik ke rumah tiap hari berkampung jer di hospital. Sediakan bilik utk mereka merehatkan badan.

Yang menangis pun .. jauh beza dgn nurse di China yang bersungguh sungguh membagi sokongan moral sesama mereka utk atasi corona virus. Sanggup berpisah dgn keluarga selama sebulan.
Quote otai_g 24-3-2020 11:12 AM
DARSITA replied at 24-3-2020 10:44 AM
Chup chup .. Bebudak nurse yang tamat pengajian tu nak diletak di mana?



keje kkm bkn jd nurse je kak. Mcm2 ada dlm tu. Keje jaga bilik mayat pun ok.
Quote CiliPadiSedap 24-3-2020 11:14 AM
DARSITA replied at 24-3-2020 10:13 AM
tak ada rotation ke? kena ada rotation shift - perlu juga ada balik bilik (disediakan dlm hospital ...

dik darsita, malaysia dah lama tak buka hospital baru, sejak zaman najib ramai kakitangan dah di kontrak kan. graduate medical ramai tp pengambilan kurang. nisbah doctor dengan patient pun masih xmemuaskan.

baru2 brape hari lepas kan kecoh isu kontrak, taktala isu covid melanda malapetaka , boleh pula buat isu kontrak2. gila ke apa? memang down gila lah mereka2 di barisan tempur hadapan.

ibaratnya  pergi medan perang, tengah perang tetiba di umumkan harta perang satu sen xdapat, pencen tak dapat, kerja kontrak tiada sambungan.  kalau camni keadaannya tak mustahil barisan hadapan ni akan down dan penat mental sangat2. nak fikir family nak fikir kerja nak fikir nyawa.

dapat pula menteri air suam. sepatutnya time ni xperlu keluarkan isu2 panas yang buat doctor nurse down. malaysia dh kurang duit nak support gaji doctor2 dan pencen.kalau benda ni dapat tackle insya allah rotation tu cukup.

tiada siapa nak kerja 18 straight hour. mereka di barisan hadapan tiada pilihan.
Quote DARSITA 24-3-2020 11:16 AM
otai_g replied at 23-3-2020 07:12 PM
keje kkm bkn jd nurse je kak. Mcm2 ada dlm tu. Keje jaga bilik mayat pun ok.



hospital attendant juga kan.

Best kerja dgn hospital dpt pergi haji kalau sudah kerja 5 tahun lebih kalau tak silap.


Quote DARSITA 24-3-2020 11:17 AM
CiliPadiSedap replied at 23-3-2020 07:14 PM
dik darsita, malaysia dah lama tak buka hospital baru, sejak zaman najib ramai kakitangan da ...


Terimakasih atas penjelasan.

Quote 7doors 24-3-2020 11:23 AM
Sudah2 la tu petugas Hospital semua..ini lah masanya berbakti sebaik mungkin pada masyarakat dan negara..kami faham anda semua penat..lelah..tapi kalau di undurkan masa sblum ini ada korang kerja sekomited ini? Mungkin tidak..cukup2 lah dgn rayuan simpati bagai ini..Just do ur damn duties..pasal orang degil kat luar ni dah ada petugas lain untuk bendung..jadi fokus lah pada tugasan anda di hospital..ckup2 lah bagitahu kami smua yang anda penat.
Quote damsel_fiji 24-3-2020 11:28 AM
dr..nurse..MA sekarang semua sibuk kot..xde nya masa nak menangis2 buat rakaman pastu tularkan..ni mesti kerja2 hassanah no life acah2 berangan membanting tulang di hospital saat2 getir camnih
Quote freesia71 24-3-2020 11:30 AM
I mmg kesian kat dia org yg kerja kat hospital ni, and i salute them. Tapiiiii,,,sampai gigih nak rekod suara menangis tu over rasanya.  Ini masa dia org susah, akan ada masa industri lain, pekerja lain pulak yg berdepan dgn keadaan yg getir.

Quote noor2 24-3-2020 11:31 AM
Dapat ni.....jom kita bantu..
Quote nuryakmal 24-3-2020 11:46 AM
Doctor2 swasta yang bukak clinic cant help ke? Sorry i dont know the protocols but i think the country needs you

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.231549 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top