CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikut Perintah, KJ Sambut 'Birthday' Anak Di Luar Tingkap Je

24-3-2020 10:13 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 3737| Komen: 19|Original author: Oleh: top5complete

Ketika negara dilanda musibah, petugas kerajaan dan kesihatan tidak berhenti berkhidmat di barisan hadapan demi kesejahteraan masyarakat. 

Mereka bertungkus-lumus mengawal Covid-19, bahkan barisan menteri turut turun sama mengedalikan isu ini.



Foto: Instagram Khairy Jamaluddin

Sebagai Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, YB Khairy Jamaluddin terpaksa menyambut ulang tahun kelahiran anaknya dalam jarak tertentu bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

Beliau yang perlu bertugas di luar tidak terus meluru ke arah anaknya ketika pulang dari kerja dan hanya berada di sebalik kaca sambil tersenyum memandang puteranya yang genap berusia lima tahun, semalam.


Foto: Instagram Khairy Jamaluddin

Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ meluahkan bahawa beliau berasa agak sedih kerana tidak dapat memeluk dan mencium anaknya. Mereka hanya memandang sesama sendiri di sebalik tingkap kerana beliau baru pulang dari kerja di luar dan bimbang terdedah dengan sebarang wabak.


Foto: Instagram Khairy Jamaluddin

Rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir buat anaknya dan berterima kasih kepada KJ. Mereka juga turut sempat mendoakan kesejahteraan Malaysia agar segala wabak yang melanda dunia akan berkurangan dan memudahkan segala urusan kehidupan selepas ini. - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-3-2020 10:16 AM
Tolong la kemaskan sikit janggut tu
Quote adila39 24-3-2020 10:28 AM
dah tengok semalam kat IG, smart daddy as well as menteri hopefully.
Quote mizzmimi 24-3-2020 10:32 AM
Kurex replied at 24-3-2020 10:16 AM
Tolong la kemaskan sikit janggut tu

Kurex tak nak tolong ke? Sambil duduk di ribaan..
Quote TabletSusu 24-3-2020 10:32 AM
Kurex replied at 24-3-2020 02:16 AM
Tolong la kemaskan sikit janggut tu

haishhh.. dia tgh best jd sivaji malaysia tu. esok2 dia boring, dia tukarlah style. @Kurex x minat dia ke?
Quote mizzmimi 24-3-2020 10:34 AM
Patotla apaknya serabai. Ni anak pon dibiorkan rambut panjang ngan menggerbang gitu. Aku ingat anak dia gegerl muka pon cam girl.

Quote miss_strangers 24-3-2020 10:38 AM
mizzmimi replied at 24-3-2020 10:34 AM
Patotla apaknya serabai. Ni anak pon dibiorkan rambut panjang ngan menggerbang gitu. Aku ingat anak  ...

La...I pon ingat anak gugurl
Quote Kurex 24-3-2020 10:42 AM
mizzmimi replied at 24-3-2020 10:32 AM
Kurex tak nak tolong ke? Sambil duduk di ribaan..

Ok so yesterday.. sekarang abg sed sadiq yakni sed dolah
Quote Kurex 24-3-2020 10:42 AM
TabletSusu replied at 24-3-2020 10:32 AM
haishhh.. dia tgh best jd sivaji malaysia tu. esok2 dia boring, dia tukarlah style. @Kurex x minat ...

Dulu ye sekarang tak.. sekarang ada sed dolah
Quote mizzmimi 24-3-2020 10:43 AM
miss_strangers replied at 24-3-2020 10:38 AM
La...I pon ingat anak gugurl

Tu le siap ooo ada anak girl seingat iols boys 3 orang.. Mujur rajin baca caption ig tu..
Quote mizzmimi 24-3-2020 10:46 AM
Kurex replied at 24-3-2020 10:42 AM
Ok so yesterday.. sekarang abg sed sadiq yakni sed dolah

Syed dolah body aum but muka so so. Adik heols pulak terlebih jambu. Genetik itu aneh bukan.
Quote MsKathryn 24-3-2020 01:11 PM
Ingatkn girl rupanya boy...
KJ tolong la color n kemaskn janggut tu... memanjang nk jd rajinikanth
Quote Tinot7 24-3-2020 01:13 PM
Kurex replied at 24-3-2020 10:16 AM
Tolong la kemaskan sikit janggut tu

tgh sedey2.. tetibe iols tergelak baca komen ni
Quote Kurex 24-3-2020 02:53 PM
mizzmimi replied at 24-3-2020 10:46 AM
Syed dolah body aum but muka so so. Adik heols pulak terlebih jambu. Genetik itu aneh bukan.

Sebab tu iols nak dua2
Quote helicornia 26-3-2020 10:03 AM
so sweet abah.i am touching
Quote Simunggu 26-3-2020 10:37 AM
aku tak terpakai dia ini selepas berpaling tadah hentam pemimpin UMNO sendiri...patutkah???
Quote DARSITA 26-3-2020 10:39 AM

Eleh KJ doktor nurse polis askar di luar sana dah lah tak balik rumah & nak  jumpa anak pun payah jadi tak perlu lah nak up cerita syok sendiri ini.
Quote cmf_raudah 26-3-2020 10:42 AM
Hi kj


Quote EvieWanKenobi 27-3-2020 02:59 PM
mizzmimi replied at 24-3-2020 10:32 AM
Kurex tak nak tolong ke? Sambil duduk di ribaan..

ayat tak menahan..
Quote harizs 27-3-2020 03:10 PM
sekejap jer KJ dah tua... 22 bulan hilang jawatan menteri bila kembali terus muka tua

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.058731 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top