Wabak COVID-19 di seluruh dunia semakin membimbangkan, kes pesakit positif covid-19 juga semakin meningkat di Malaysia. Sehingga petang semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan sebanyak 123 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan positif COVID-19 sebanyak 1,306 kes. Manakala, 10 kematian dicatatkan.
Selain mengambil berat dengan pesakit covid-19, kita juga tidak boleh mengabaikan kesihatan dan keselamatan petugas kesihatan yang bertungkus lumus memberikan pertolongan perubatan di hospital. Sabtu lalu, Tunku Azizah tidak ketinggalan menunjukan keprihatinannya kepada petugas-petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh dengan menyumbangkan makanan hasil air tangannya sendiri. Sumbangan ini bukan sahaja dapat meningkatkan semangat petugas kesihatan, malah ia juga akan memberi sokongan emosi kepada mereka. Petugas kesihatan sudah semestinya penat dan stres dengan jadual kerja yang lama dan terpaksa menggadai nyawa demi berkhidmat kepada masyarakat. "Tuanku Permaisuri Agong memasak untuk pekerja Hospital SB" Melihat perkongsian oleh puteri Tunku Azizah, Tengku Afzan dilihat memuat naik sekeping gambar yang memaparkan sekotak makanan yang telah dibungkus dan disusan dengan rapi. Menurut perkongsian tersebut, Tunku Azizah telah memasak beberapa juadah untuk diagihkan kepada petugas Hopsital Sungai Buloh. "Nasi goreng cheminahsayang" Menerusi akaun Instagram airtangan_tunkuazizah, Tuanku Permaisuri Agong juga memuait naik beberapa keping gambar makanan dan tulang belakang yang membantunya untuk menyediakan juadah berkenaan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuaku Permaisuri kerana prihatin dengan seluruh petugas kesihatan. Sama-samalah kita rakyat Malaysia beri kerjasama kepada KKM dan pihak berkuasa. Duduk di rumah! Basuh tangan 20 saat! Jangan sebar berita tidak sahih. - CARI
|
ellez: Iols pulak masak sorg2 saja utk charity.Sebab tak banyak sangat.HmmmTapi xpelah iols ikhlas tu.
bloodyamuk replied at 23-3-2020 01:16 PM
semoga Allah balas kebaikan sis...bahagia membahagiakan orang lain...lagi2 bab makanan ni hehe
matchstick replied at 23-3-2020 02:03 PM
Nmpk sedap... Tapi staf2 hospital tu semua tak payah practice social distancing ke masa makan. Tanya ...
paz replied at 23-3-2020 04:25 PM
Excited betul mereka dapat makanan dari Tunku Permaisuri.
Benda simple macam ni memang mengembir ...
ina_na replied at 24-3-2020 12:56 AM
Kalo aku dpt pun aku happy kau.. Bukan kaleng2.. Permaisuri agong tu masakkan..
ADVERTISEMENT