Perintah Kawalan Pergerakan sudahpun masuk hari keempat dan banyak berita kurang senang yang kita terima terutama berkenaan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang masih berdegil dengan arahan kerajaan.
Setiap hari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengemas kini data berkenaan pesakit Covid-19 di laman sosial seperti Twitter untuk tatapan umum. Terbaru, KKM telah melaporkan bahawa 12 kakitangan mereka yang bekerja dalam waktu genting ini telah dijangkiti virus berkenaan. Berita ini amat menyedihkan apabila memikirkan mereka telah mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan rakyat, namun nyawa mereka pula yang terancam. Sambung KKM lagi, seorang daripada yang dijangkiti kini berada dalam wad kecemasan (ICU) dengan bantuan pernafasan. Buat anda yang mahu mengikuti perkembangan semasa keadaan negara berkenaan wabak Covid-19 ini, boleh ikuti laman Twitter KKM! "Seorang daripada 12 kakitangan KKM yang dijangkiti kini berada di ICU dengan bantuan pernafasan" - KKM Semoga semuanya selamat sahaja buat hero-hero kita. Buat anda pula, jangan lupa untuk #StayAtHome okey! - CARI
|
tuberoses replied at 20-3-2020 05:59 PM
sedihnya, penting frontliner ni tp masih lagi ada manusia2 yg amik mudah....contoh manusia bebal bod ...
Dwdrum replied at 20-3-2020 06:21 PM
kenapa tidak pakai ppe terus ?.....
ADVERTISEMENT