CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6875|Reply: 72

[Tempatan] Update #64, 24 kakitangan perubatan positif Covid-19. Update 72#, Confirmed bebe

[Copy link]
Post time 20-3-2020 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 23-3-2020 01:55 AM

15 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19

https://www.malaysiakini.com/news/515727

Diterbitkan Hari ini 4:09 pm
Dikemaskini Hari ini 4:09 pm



Ketika petugas kesihatan bertungkus-lumus berkhidmat merawat pesakit Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah memberitahu 15 daripada mereka telah dijangkiti virus tersebut.

Daripada jumlah itu, 12 merupakan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan tiga kakitangan kesihatan swasta.

Menurut Noor Hisham, salah seorang daripada 12 kakitangan KKM yang dijangkiti kini berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Sehingga hari ini, 12 petugas kesihatan KKM dan 3 daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti virus Covid-19.

“Salah seorang daripada 12 kakitangan KKM tersebut kini berada di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Pada masa sama, beliau sekali lagi merayu kepada orang ramai supaya berada di rumah sewaktu pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bagi membendung wabak Covid-19.

“Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah,” katanya.

Setakat semalam, Malaysia telah mencatatkan 900 kes Covid-19 dengan dua kematian.

Pada 16 Mac, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac.

Perintah berkuat kuasa selama 14 hari berkenaan antara lain melibatkan penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2020 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian org2 yg mmbantu pula tkena
Ibarat ahli palang merah dtg mmbntu di medan perang
Tp dibunuh pula
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya. Moga selamat hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat degil menyusahkan kkm
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 05:59 PM | Show all posts
sedihnya, penting frontliner ni tp masih lagi ada manusia2 yg amik mudah....contoh manusia bebal bodoh yg upload tgh makan kenduri sup kambing ke kepala kambing tu sambil duk perli2 gelak2 kuarantin apa kuarantin bapak hang....   dorg ni kalo kena covic jgn dibantu ye biar aje mampos menggelepar tepi jalan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2020 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya dorang takde pilihan terpaksa hadap pesakit2 demi tugas. Semoga cepat sembuh hendaknya.

Yg degil masih nak keluar rumah tanpa sebab tu tolong jgn selfish.

Kalau ada yg tertangkap diperhimpunan haram selepas ni sila hukum dengan berkhidmat di hospital2.

Suruh dorang basuh toilet hospital dan sapu sampah atau jadi assistant nurse.

Geram aku.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Risiko yang terpaksa dihadapi... semoga cepat sembuh... Amin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2020 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya yang kena keje frontliner ni...doa kami untuk kalian...

saya stay at home demi kalian
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa tidak pakai ppe terus ?.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2020 06:22 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan kakitangan kesihatan nih...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya....i doakan semua frontliner diberi Allah kekuatan , kesihatan dan ketabahan... semoga jangkitan frontliner ini x bertambah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 06:30 PM | Show all posts
Kalau tak kesiankan diri sendiri tolonglah kesihan kepada petugas kesihatan yang bertungkus lumus membantu melawan wabak dan memulihkan pesakit.  Moga semua petugas kesihatan terus kuat dan tak patah semangat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
moga dipermudahkan urusan, n sentiasa dalam lindungan n rahmat Allah semuanya, semoga cepat sembuh

simpati kat frontliners bahagian kesihatan ni, seriously.. sangat penat n sangat berisiko tinggi

goodluck utk semua yg masih bertugas, i will pray for all of u... juga utk my ex (nurse @ ****), moga dilindungi n dirahmati jua
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 06:38 PM | Show all posts
tuberoses replied at 20-3-2020 05:59 PM
sedihnya, penting frontliner ni tp masih lagi ada manusia2 yg amik mudah....contoh manusia bebal bod ...

PDRM tk boleh ke jejak org buat video tu. lokasi mana tu sebenarnya? ckp mcm bunyi utara, macam bunyi pantai timur?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 06:39 PM | Show all posts
syafakumullah.

moga kalian cepat sembuh.


#stayathome
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2020 06:40 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 20-3-2020 06:21 PM
kenapa tidak pakai ppe terus ?.....

Bukan tak pakai tapi sebab ada pesakit pergi terus ke klinik pesakit bukan dibahagian saringan untuk penyakit covid19.  Kalau dibahagian klinik pesakit mereka tak pakai ppe macam mereka yang dibahagian saringan pakai.  Punca jangkitan sebab pesakit tak nak berterus terang sebelum peperiksaan yang mereka ada pergi ke perjumpaan tu atau ada contact dengan pesakit yang positif atau baru balik dari luar negara.  Bila dah diperiksa dan positif baru nak mengaku. Tapi sejak ada kes ni mereka semua dah mula pakai ppe katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 10:45 AM | Show all posts

12 Kakitangan KKM Dijangkiti Covid-19, Seorang Kritikal

Perintah Kawalan Pergerakan sudahpun masuk hari keempat dan banyak berita kurang senang yang kita terima terutama berkenaan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang masih berdegil dengan arahan kerajaan.









Setiap hari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengemas kini data berkenaan pesakit Covid-19 di laman sosial seperti Twitter untuk tatapan umum.


Terbaru, KKM telah melaporkan bahawa 12 kakitangan mereka yang bekerja dalam waktu genting ini telah dijangkiti virus berkenaan.







Berita ini amat menyedihkan apabila memikirkan mereka telah mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan rakyat, namun nyawa mereka pula yang terancam.





Sumber Gambar: Awani





Sambung KKM lagi, seorang daripada yang dijangkiti kini berada dalam wad kecemasan (ICU) dengan bantuan pernafasan.


Buat anda yang mahu mengikuti perkembangan semasa keadaan negara berkenaan wabak Covid-19 ini, boleh ikuti laman Twitter KKM!




"Seorang daripada 12 kakitangan KKM yang dijangkiti kini berada di ICU dengan bantuan pernafasan" - KKM


Semoga semuanya selamat sahaja buat hero-hero kita. Buat anda pula, jangan lupa untuk #StayAtHome okey! - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mereka sembuh...

Sedihnya staf kat ICU tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Pdrm tolong selalu ronda kawasan kampung. Kampung people ni tak gheti bahasa, g kedai runcit pun bawak satu family memborong. Jadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.318124 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list