CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M Dikuarantin Lepas Bergambar Dengan Individu Positif Covid-19

21-3-2020 10:53 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4644| Komen: 24|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Kredit foto: Facebook Dr Mahathir


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau dikuarantin di dalam rumah selama 14 hari selepas bergambar dengan seorang individu yang disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.

Beliau menyatakan perkara itu melalui rakaman video yang disiarkan dalam laman Facebook Buletin TV3.

Dr Mahathir turut menasihatkan rakyat agar berdisiplin ketika negara berdepan pandemik Covid-19

"Kita sanggup dikurung di rumah selama 14 hari. Jadi, kalau kita buat demikian kuranglah kemungkinan penyakit ini merebak kepada orang lain.

"Ini pengalaman saya sekarang ini, terkurung tak boleh keluar. Tak boleh jumpa sesiapa pun, tak boleh bersalam dengan orang, macam-macamlah," jelasnya.



Kredit foto: Facebook Kementerian Kesihatan

Beliau berharap rakyat mematuhi arahan kerajaan untuk tidak keluar rumah sepanjang 14 hari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

Menurut Dr Mahathir, arahan itu adalah untuk kebaikan semua pihak bagi mengekang penularan Covid-19.

"Bukan balik ke kampung, bukan tinggal di kampung tetapi tinggal di tempat di mana kita berada sekarang ini," katanya.



Semoga Dr Mahathir dalam keadaan sihat dan pada masa sama, rakyat Malaysia mesti berdisiplin dengan mematuhi sepenuhnya arahan pihak berkuasa. - CARI
4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harizs 21-3-2020 11:04 AM
masa tu Mahathir buat lawak nak letak pelancong china kat kandang lembu..  bukan main gelak ramai2 depan wartawan
Quote harizs 21-3-2020 11:08 AM
pakatan hancing ni ada otak time jdi pembangkang je kan. Masa jadi krjn asyik perli rakyat PALATAU. Siap menganjing rakyat konon rakyat paranoid dgn coronavirus.  Konon denggi lg bahaya dari covid19.   

SEKARANG APA CITER ??
Quote tagas 21-3-2020 11:31 AM
kuarantin kan jer trus

aman sikit mesia dari statement2

yg mengganggu gugat mengacau

pentadbiran kerajaan
Quote Redskin 21-3-2020 11:38 AM
Paseipa atok nak kena kuarantin

Mana nak taruh, takkan nak taruh
depa dlm kandang lembu..bingai

Sikap kerajaan bodo PHundek yg tidak serious, sambil lewa menangani wabak Covid19 menyebabkan Msia hadapi
masalah serious skrg.

PeeH Dapigs Total Failure.


Quote Kurex 21-3-2020 11:46 AM
Bagusssssssss
Quote Ina8895 21-3-2020 12:02 PM
"2 Juta Pelancong China, Takkan Nak Buh Dalam Kandang Lembu" - Tun Mahathir - Semasa - CARI Infonet > https://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=52391
Quote biozipstar 21-3-2020 12:16 PM
kalau x iya2 boleh jadi positip. dahlah dah tua... harap2 x positip. bkn penjilat tapi aku suka otak tun.
Quote sarah82 21-3-2020 12:24 PM
Sudah la marah2..tun M ada pengaruh lagi.. Sekurang2nya bila dia kuarantin diri tunjuk contoh kat rakyat.. Tambah# org kmpg..mampu mempengaruhi rakyat sama2 dengar arahan kerajaan.
Quote Cassieopeia 21-3-2020 12:53 PM
okla dah dia de buat kenduri rakyat kt kedah tu oan.. ramai yg dtg tu... moga semua tu dok umah je diam2. kang kne duduk kandang lembu plak
Quote CatMiow 21-3-2020 01:00 PM
Tok ni dah 90lebih,  dok diam2, risiko tinggi kalau kena covid 19.

Yang meninggal pun 2orng umur 50++, .
Quote pumpkingirl 21-3-2020 01:24 PM
Minta maaf..tapi dia ni la punca segala punca..
Perhimpunan tabligh tu pun dibuat waktu dia ni berkuasa kan..dia la pm, dia jugak yg pegang semua kementerian waktu tu..
org lupa kejap dgn covid19 waktu tu sbb drama2 dia ni..
Tak boleh nak positif lansung dgn oyang ni..
Plsla anak beranak jauhkn diri dr politik msia..
Lagi rela dap dpd dia anak beranak.
Quote Rogue98 21-3-2020 02:57 PM
Bila sendiri kena baru nak kalut. Sebelum tu sebok beronggeng.  
Quote Forfoxache 21-3-2020 03:00 PM
Media treating him like he is still the PM.

Pundek lu media masa
Quote najib888 21-3-2020 03:04 PM
Forfoxache replied at 21-3-2020 03:00 PM
Media treating him like he is still the PM.

Pundek lu media masa

kan.. Kat TV pun keluar lagi.. nasihat suruh dok rumah
Quote shahreen 22-3-2020 02:51 PM
Take care tun
Quote cmf_shalom 22-3-2020 04:23 PM
Edited by cmf_shalom at 22-3-2020 04:29 PM

bab benda x elok..jari ak ni cukup masin...baru tu hari ak komen....psl tun...jgn ingat tembok umah tun boleh kebal dari virus...

no ekor x pernah pula kena....


btw...walaupun ak slalu maki atok..hope atok jaga kesihatann...sihat..sedap skit nk melazer
Quote husna_amal 23-3-2020 09:45 AM
Semoga Tun dilindungi Allah
Quote Mejami 23-3-2020 11:38 AM
anak2 billionaire dia xterjangkit ke? tgk Wang biliun2 buleh tolong x masa tu.. aku ada bc kt fb yg hentam #covid136 ada cinis komen..yg kena ni semua melayu..itu salah Dap ka? cina mana ada yg kena. angin je aku..tp mls nk reply..karang xpsl2 aku yg stress
Quote sadiq_segaraga 23-3-2020 12:31 PM
Kawan satu kerja aku dulu, orang India penyokong kuat DAP, dalam facebook dia berdoa agar Tun M sihat dan hidup lagi supaya Tun M dapat tengok Anwar Ibrahim jadi PM9

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.056463 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top