CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu K-Pop: Rtm Sedia Siar Prosiding 'Live'

16-10-2013 05:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3601| Komen: 11




            Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) secara langsung jika diberi kebenaran, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata tanggapan PAC selama ini bersidang 'secara rahsia' dengan hanya pengerusi dibenar mengeluarkan kenyataan perlu ditukar, dan siaran langsung prosiding berkenaan mampu menepis persepsi negatif sedemikian selain mempertingkat integriti jawatankuasa itu.

"Ada beberapa perkara yang perlu diubah dalam siasatan itu di mana mungkin ada perkara yang melibatkan perbincangan yang lama yang tak dapat disimpulkan dengan hanya kenyataan beberapa minit oleh pengerusi PAC.

"Sekarang RTM sudah mengorak langkah dengan siaran langsung sesi soal jawab Parlimen setiap pagi, dan selepas itu disiarkan melalui IPTV (Televisyen Protokol Internet) di mana semua orang boleh menonton, jadi isu yang berkaitan dengan kerahsiaan sepatutnya tidak timbul lagi," katanya mengulas tanggapan siasatan PAC terlalu rahsia dan tidak akan membawa sebarang perubahan.

Ahmad Shabery berkata sebagai permulaan, beliau akan memohon kepada Dewan Rakyat agar membenarkan prosiding membabitkan dirinya berhubung isu bayaran RM1.6 juta untuk persembahan artis K-Pop dalam acara Hari Belia Negara 2012 bersiaran secara langsung.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada hasrat itu bercanggah dengan peraturan sedia ada namun berpendapat jika sudah dianggap lapok, ia perlu ditukar.

Ahmad Shabery berkata seperti menteri lain, beliau tidak boleh memperjelas setiap perkara yang dibangkitkan dalam laporan Audit Negara di luar, dan kesempatan menjawab kepada PAC dan disiar secara langsung boleh mengubah persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, beliau berharap masyarakat tidak tersalah tafsir dengan menganggap apa yang terdapat dalam laporan audit negara sebagai jenayah kerana kebanyakannya lebih menjurus kepada isu perbelanjaan berhemah atau keputusan yang dibuat.

"Saya tak fikir ia boleh dikaitkan dengan jenayah, tetapi saya terbuka untuk menjelaskan persoalan rakyat berhubung integriti dan amanah saya dengan keputusan yang dibuat," katanya.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Kementerian Komunikasi dan Multimedia membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia Negara 2012, termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nebulagazer 15-10-2013 10:03 PM
Tgh live ade blackout...what the heck
Quote rawahah 15-10-2013 10:05 PM
sudah la sabery... penipuan kau satu malaya dah tau.. kata senohong gelama berduri, cakap bohong lama2 jadi menterii
Quote Budakmomok 15-10-2013 10:18 PM
K-pop je?yang lai2 x nak siar live ke?
Quote Bateesta 15-10-2013 10:37 PM
kalau takat yg tnya tu pac . baik x yah buat la dan buang masa je
Quote freebird 15-10-2013 11:15 PM
cakap berbuih2, tapi nak buat live preceedings...
Quote airfilterkotor 15-10-2013 11:36 PM
Ahmad Shabery berkata sebagai permulaan, beliau akan memohon kepada Dewan Rakyat agar membenarkan prosiding membabitkan dirinya berhubung isu bayaran RM1.6 juta untuk persembahan artis K-Pop dalam acara Hari Belia Negara 2012 bersiaran secara langsung.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada hasrat itu bercanggah dengan peraturan sedia ada namun berpendapat jika sudah dianggap lapok, ia perlu ditukar.

Kira nak salahguna kuasa laa ni. Mentang mentang pegang rtm.

Kalau dia ditakdirkan jadi menteri pembangunan wanita kebajikan dan masyarakat, aku tak rasa ayat-ayat bergaris di atas tu akan keluar.

See... menteri dari ahli jemaah perhimpunan agong hujung tahun ni selagi ada ruang selagi tu jugak berasak-asak nak guna peluang.
Quote bit 16-10-2013 12:06 AM
airfilterkotor posted on 15-10-2013 11:36 PM
Kira nak salahguna kuasa laa ni. Mentang mentang pegang rtm.

Kalau dia ditakdirkan jadi menteri ...

Tak salahguna kuasa, tak UMNO namanya. Program ada jata negara, letak tajuk bersama pemimpin, tapi yg datang cuma nak kempen untuk PAU jer. Bas gomen, dia buat macam bas UMNO....

Hanya UMNO mampu memerintah katanya
Quote Bateesta 16-10-2013 01:06 AM
malaysia boleh
Quote Al-Patih 16-10-2013 06:38 AM
KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) secara langsung jika diberi kebenaran, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

mak eh ...sampai macang tu ..nak bersihkan namo ...kedai dobi kan berlambak ...
Quote petola 16-10-2013 06:58 AM
apasal aku rasa macam nak gelak jer baca berita ni ya..
Quote Anakdesa 16-10-2013 07:02 AM
Biarkanlah... Kasi peluang dia beri penjelasan dan membersihkan apa yang patut.... Keadilan utk semua...

Tapi bagi aku, tak perlulah sampai kena ada siaran langsung apa ka... Keluar je statement dan butiran2 yang patut kat dlm akhbar nu... Nanti pandai2 la org ramai membuat penilaian...

Berani buat berani tanggung la bang oii...  

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 1.348230 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top