View: 2128|Reply: 11
|
[Tempatan]
Isu K-Pop: RTM sedia siar prosiding 'live'
[Copy link]
|
|
15 Oktober 2013
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) secara langsung jika diberi kebenaran, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata tanggapan PAC selama ini bersidang 'secara rahsia' dengan hanya pengerusi dibenar mengeluarkan kenyataan perlu ditukar, dan siaran langsung prosiding berkenaan mampu menepis persepsi negatif sedemikian selain mempertingkat integriti jawatankuasa itu.
"Ada beberapa perkara yang perlu diubah dalam siasatan itu di mana mungkin ada perkara yang melibatkan perbincangan yang lama yang tak dapat disimpulkan dengan hanya kenyataan beberapa minit oleh pengerusi PAC.
"Sekarang RTM sudah mengorak langkah dengan siaran langsung sesi soal jawab Parlimen setiap pagi, dan selepas itu disiarkan melalui IPTV (Televisyen Protokol Internet) di mana semua orang boleh menonton, jadi isu yang berkaitan dengan kerahsiaan sepatutnya tidak timbul lagi," katanya mengulas tanggapan siasatan PAC terlalu rahsia dan tidak akan membawa sebarang perubahan.
Ahmad Shabery berkata sebagai permulaan, beliau akan memohon kepada Dewan Rakyat agar membenarkan prosiding membabitkan dirinya berhubung isu bayaran RM1.6 juta untuk persembahan artis K-Pop dalam acara Hari Belia Negara 2012 bersiaran secara langsung.
Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada hasrat itu bercanggah dengan peraturan sedia ada namun berpendapat jika sudah dianggap lapok, ia perlu ditukar.
Ahmad Shabery berkata seperti menteri lain, beliau tidak boleh memperjelas setiap perkara yang dibangkitkan dalam laporan Audit Negara di luar, dan kesempatan menjawab kepada PAC dan disiar secara langsung boleh mengubah persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.
Selain itu, beliau berharap masyarakat tidak tersalah tafsir dengan menganggap apa yang terdapat dalam laporan audit negara sebagai jenayah kerana kebanyakannya lebih menjurus kepada isu perbelanjaan berhemah atau keputusan yang dibuat.
"Saya tak fikir ia boleh dikaitkan dengan jenayah, tetapi saya terbuka untuk menjelaskan persoalan rakyat berhubung integriti dan amanah saya dengan keputusan yang dibuat," katanya.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Kementerian Komunikasi dan Multimedia membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia Negara 2012, termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012. - Bernama
Credits: sinarharian.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgh live ade blackout...what the heck |
|
|
|
|
|
|
|
sudah la sabery... penipuan kau satu malaya dah tau.. kata senohong gelama berduri, cakap bohong lama2 jadi menterii |
|
|
|
|
|
|
|
K-pop je?yang lai2 x nak siar live ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau takat yg tnya tu pac . baik x yah buat la dan buang masa je |
|
|
|
|
|
|
|
cakap berbuih2, tapi nak buat live preceedings... |
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad Shabery berkata sebagai permulaan, beliau akan memohon kepada Dewan Rakyat agar membenarkan prosiding membabitkan dirinya berhubung isu bayaran RM1.6 juta untuk persembahan artis K-Pop dalam acara Hari Belia Negara 2012 bersiaran secara langsung.
Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada hasrat itu bercanggah dengan peraturan sedia ada namun berpendapat jika sudah dianggap lapok, ia perlu ditukar.
Kira nak salahguna kuasa laa ni. Mentang mentang pegang rtm.
Kalau dia ditakdirkan jadi menteri pembangunan wanita kebajikan dan masyarakat, aku tak rasa ayat-ayat bergaris di atas tu akan keluar.
See... menteri dari ahli jemaah perhimpunan agong hujung tahun ni selagi ada ruang selagi tu jugak berasak-asak nak guna peluang.
|
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor posted on 15-10-2013 11:36 PM
Kira nak salahguna kuasa laa ni. Mentang mentang pegang rtm.
Kalau dia ditakdirkan jadi menteri ...
Tak salahguna kuasa, tak UMNO namanya. Program ada jata negara, letak tajuk bersama pemimpin, tapi yg datang cuma nak kempen untuk PAU jer. Bas gomen, dia buat macam bas UMNO....
Hanya UMNO mampu memerintah katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
malaysia boleh |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) secara langsung jika diberi kebenaran, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
mak eh ...sampai macang tu ..nak bersihkan namo ...kedai dobi kan berlambak ... |
|
|
|
|
|
|
|
apasal aku rasa macam nak gelak jer baca berita ni ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biarkanlah... Kasi peluang dia beri penjelasan dan membersihkan apa yang patut.... Keadilan utk semua...
Tapi bagi aku, tak perlulah sampai kena ada siaran langsung apa ka... Keluar je statement dan butiran2 yang patut kat dlm akhbar nu... Nanti pandai2 la org ramai membuat penilaian...
Berani buat berani tanggung la bang oii... |
|
|
|
|
|
|
| |
|