Seorang pegawai dan empat anggota polis cedera dirempuh lori semasa bertugas melakukan sekatan jalan raya Op Covid-19 di Kuala Lumpur pada 20 Mac. Memetik laman Facebook JSPT KL, kejadian berlaku di Jalan Syed Putra pada pukul 12.45 tengah malam.
Seorang anggota polis yang dirempuh, Konstabel Mohd Afendi cedera pada bahagian kepala, bahu kiri dan kaki dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Empat lagi mangsa iaitu Inspektor Afifi Zulhusni, Koperal Khairul Nizam, Koperal Aziz dan Lans Koperal Wan Kamarul mengalami cedera ringan. "Seluruh warga Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur mendoakan agar semua mangsa cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas seperti biasa," kata pengendali laman Facebook berkenaan. Polis Diraja Malaysia melancarkan Op Covid-19 berikutan pengisytiharan Perintah Pergerakan Terhad oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mulai 18 Mac. Sekatan jalan raya dilakukan sebagai salah satu langkah menasihatkan orang ramai mematuhi perintah tersebut. Walau bagaimanapun, masih ada rakyat yang tidak mematuhinya dan berada di luar rumah tanpa sebab yang kukuh. - CARI
|
ADVERTISEMENT