CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Aiman Ucapkan Tahniah" - Dapat Surat Kanak-Kanak Autisme, Dr Zulkifli Sebak

13-3-2020 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3453| Komen: 10

"Sebak membaca surat anakanda Wan Aiman yang dikasihi."

Itulah yang dikatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menerusi satu hantaran Twitter. 


Kredit foto: Twitter

Beliau berkongsi sekeping surat yang diberikan kepadanya oleh seorang kanak-kanak autisme bernama Wan Azmeen Aiman.

Surat itu ditulis selepas Zulkifli dilantik sebagai salah seorang jemaah menteri dalam kabinet baharu. 

Kanak-kanak itu nyata merupakan peminat Zulkifli mengucapkan tahniah atas pelantikan mufti itu sebagai menteri. 


“Aiman doakan moga Malaysia negara Islam yang aman tenteram. Harapan Aiman, moga semua anak istimewa diberi peluang mengenal Allah dan sentiasa dekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

“Walaupun kami anak autisme, kami juga makhluk ciptaan Allah. Doakan Aiman sentiasa patuh dan taat perintah Allah. Aiman sayang Datuk Seri kerana Allah SWT,” tulisnya. 

Dalam pada itu, ramai di kalangan warganet yang berkata mereka berasa tersentuh dengan warkah yang ditulis kanak-kanak itu. - CARI 

2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acikgomen 13-3-2020 08:13 PM
Allahu, awak anak syurga sayang
Semoga awak berjaya pimpin ibu dan ayah bersama2 awak di syurga nanti
Quote jazaa100 13-3-2020 08:21 PM
Cantik nya tulisan.....tulisan aku lg teruk dari dia......
Quote CiliPadiSedap 13-3-2020 09:51 PM
jazaa100: Cantik nya tulisan.....tulisan aku lg teruk dari dia......

Masuk sekolah balik{:run
Quote Tinot7 13-3-2020 10:02 PM
Sebak iols baca
Quote matchstick 13-3-2020 10:40 PM
Alahai berair mata baca part moga semua anak istimewa diberi peluang mengenali Allah
Quote chicozinn 14-3-2020 02:39 AM
Ya Allah, sedihnya baca surat si Aiman lagi2 tang anak2 istimewa mengenal Allah tu..jangan risau dik, syurga lah tempatmu nanti..{:cryrun{:cryrun{:cryrun
Quote Bholatchomel 15-3-2020 12:46 AM
Mata berair
Quote chicozinn 16-3-2020 10:27 AM
ape ke sial nye DIVA AA pondan lorong nih dok maki mufti???ko tu lagi mulia dari alim ulama ke??


diva AA maki mufti.PNG

Quote husna_amal 16-3-2020 10:57 AM
Kagum dengan ucapan insan istimewa ni. Susunan ayat pun kemas dan baik.
Quote Artemesiaa 16-3-2020 05:38 PM
Tulisannya jenis senang untuk membaca ayat2 yang dilulisnya pun baik

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.071941 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top