Nama Baba Vanga mungkin dikenali bagi mereka yang mengikuti ramalannya terhadap apa yang terjadi kepada dunia sebelum ini. Hal ini termasuklah ramalannya tentang Brexit, serangan WTC di New York dan terbaru adalah ramalan tentang Covid 19.
Memetik laporan Daily Star, meskipun wanita buta ini sudah meninggal dunia namun dia pernah memberi amaran tentang wabak koronavirus pada tahun 1996. Ia didedahkan oleh salah seorang pengikutnya, Neshka Stefona Robeva, 73 yang mendakwa Vanga pernah membuat ramalan Covid 19 ketika melawat wanita pada sebelum dia meninggal. Malah, Robeva menceritakan hal tersebut menerusi hantaran di Facebook.
"Makcik Vanga membuat ramalan wabak itu ketika saya melawatnya beberapa tahun lalu. Neshka, koronavirus akan menyerang kita. Saya tidak faham maksud kata-katanya ketika itu," katanya. Katanya lagi, ketika Vanga menyebut Korona, dia menyangka ia ada kaitan dengan negara Bulgaria berada di bawah 'pemerintahan Rusia'. Namun, sekarang barulah dia faham dengan ramalan tersebut yang ia adalah berkaitan wabak penyakit menyerang manusia. - CARI
|
grouper replied at 13-3-2020 08:05 PM
Aku tau baba yaga atau boogeyman je dlm cite John wick..
husna_amal replied at 13-3-2020 04:26 PM
Kadang2 terfikir, adakah penyebaran virus covid19 ni sebenarnya dah dirancang oleh pihak tertentu. M ...
MadameOnion replied at 13-3-2020 04:28 PM
sotong paul ramal apa pulak
ADVERTISEMENT