Watak beliau dalam filem KL Gangster 2 sebagai Ajib paling diingati ramai. Tagline 'Kasi Sengat' beliau pasti akan diingati sampai bila-bila. Sofi Jikan, peminat setia filem tempatan pasti sangat kenal dengan individu ini. Selepas tenggelam seketika kerana ada kes mahkamah, Sofi muncul membuat review makanan di Pak Mat Western, Pulau Pinang di media sosi@l. Beliau membawa watak Ajib KL Gangster yang datang ke kedai Pak Mat Western dan mencuba menu special yang terdapat di sana.
Video mengenainya mendapat sambutan warga maya yang terhibur dengan cara Sofi membuat review. Mana taknya. Nak makan pun macam nak gaduh! Dalam pada in character, Sofi tetap berjaya buat review makanan dengan baik dan dalam masa yang sama terubatlah rindu tengok Ajib kan? Rasanya selepas ini akan ramai yang minta Sofi buatkan review makanan yang lain. Moga murah rezeki Sofi Jikan! - CARI |
didinfriends replied at 9-3-2020 05:41 PM
Sedap ke kedai pak mat ni? Ada sape dah try?
aura77 replied at 9-3-2020 06:35 PM
Boleh tahan.. Makanan tk kedekut.. Tk larat nk perabih.. Bg aku la.. Org lain aku tk tau la.. Harg ...
didinfriends replied at 9-3-2020 07:50 PM
Kalau yg dari kl ni pergi area sana berbaloi tak kalau nak singgah? Ke better gi tempat lain je?
Boomibulat replied at 9-3-2020 05:19 PM
Review lps minum ketum ke..tanya je
ADVERTISEMENT