Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan barisan Kabinetnya di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 5 petang ini. Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook beliau hari ini. Pejabat Perdana Menteri menjelaskan, pengumuman itu akan dibuat setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah. Terdahulu, Muhyiddin dijadualkan menghadap Seri Paduka pada pukul 11 pagi untuk mempersembahkan senarai barisan Kabinet baharu. Pelbagai spekulasi timbul berhubung lantikan Kabinet dalam masa seminggu selepas Muhyiddin dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan. Antara nama yang diteka mungkin menjadi Timbalan Perdana Menteri ialah Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali; Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Hishammuddin Hussein dan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta nama beliau tidak dimasukkan dalam senarai menteri Kabinet yang baharu. Selain itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan disebut-sebut sebagai Menteri Kewangan yang baharu. Sama-samalah kita menantikan pengumuman Perdana Menteri pada petang ini. - CARI |
Selain itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan disebut-sebut sebagai Menteri Kewangan yang baharu.
top5complete replied at 9-3-2020 11:11 AM
Ku Nan - Menteri kewangan
Najib - menteri dalam negeri
Zahid - menteri pengangkutan
highcastle: Ni kira camana kalau betul tok mat, dia takde kerusi parlimen, kira lantik jadi senator la ye?
top5complete replied at 9-3-2020 11:11 AM
Ku Nan - Menteri kewangan
Najib - menteri dalam negeri
Zahid - menteri pengangkutan
anaktoyol: klu dah yg ada kes2 kat court tu kata... "din aku tanak jawatan.. aku tanak kacau menteri ko... just aku nak nama aku bersih..."... lepas tu sugge ...
MadameOnion replied at 9-3-2020 12:21 PM
mukhriz menteri kewangan or pendidikan
abbyhoney replied at 9-3-2020 11:15 AM
Ku Nan menteri kewangan ??? Oh NO...
MadameOnion replied at 9-3-2020 12:21 PM
mukhriz menteri kewangan or pendidikan
abbyhoney replied at 9-3-2020 11:15 AM
Ku Nan menteri kewangan ??? Oh NO...
ADVERTISEMENT