Istana Negara menyifatkan artikel The Guardian yang mendakwa langkah yang dilaksanakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah berhubung pelantikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai rampasan kuasa diraja sebagai tidak tepat dan terpesong. Memetik laporan Astro Awani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, laporan itu juga cuba mengelirukan masyarakat antarabangsa tentang pelantikan Muhyiddin. Beliau juga terkejut dengan tahap ketidaktepatan dan pendirian editorial yang mengelirukan oleh The Guardian yang berpangkalan di United Kingdom.
"Apatah lagi mengambil kira fakta bahawa subjek artikel mereka, iaitu Demokrasi Parlimen di Malaysia sebenarnya diasaskan dari Sistem Westminster. "Artikel itu jelas menunjukkan fakta yang terpesong mengenai langkah yang diambil Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri baharu," jelasnya. Editorial The Guardian menyiarkan artikel bertajuk "The Guardian view on a royal coup: a king overturns a historic election" pada 3 Mac lalu. Ahmad Fadil menjelaskan, Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan untuk melantik Perdana Menteri baharu ekoran peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembubaran Kabinet. Di bawah Artikel 40(2)(a), Seri Paduka mempunyai tanggungjawab menggunakan kebijaksanaan untuk melantik Perdana Menteri baharu berpandukan kepada Perkara 43(2)(a) yang pada pandangan Seri Paduka merupakan seorang ahli Dewan Rakyat yang mempunyai sokongan majoriti. Yang di-Pertuan Agong juga telah melakukan lebih daripada yang sepatutnya apabila memanggil semua ahli Dewan Rakyat dan ketua parti-parti politik untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Pandangan editorial The Guardian yang berat sebelah itu dibantah majoriti rakyat di negara ini yang berpegang teguh kepada prinsip raja berperlembagaan. Ahmad Fadil turut menyatakan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik yang membantah artikel The Guardian itu. Mungkin kesilapan yang dilakukan oleh editorial The Guardian itu berpunca daripada kurang kefahaman tentang krisis politik yang tercetus selepas Dr Mahathir tiba-tiba meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. - CARI |
Modngengade replied at 7-3-2020 10:36 AM
Diupah oleh tycoon2 DAPig lah tu
axl_bach replied at 7-3-2020 10:26 AM
Dlm kes PN-PH ni yg salah adalah kem2 dalam PH yg berantakan sampai mencabar Bersatu keluar pakatan. ...
Tinot7 replied at 7-3-2020 11:58 AM
Iols tak dpt cari penulis utk artikel kat guardian... adakah dihantar oleh anonymous writer dari m ...
zamzam replied at 7-3-2020 12:38 PM
Bab nak burukkan negara sendiri malaon non malay ni mmg juara mcm wathya moorthy dgn cina sepet & ...
belon replied at 7-3-2020 12:46 PM
Adakah kita ni dah tak boleh berfikir.. Bezakan yg benar dan yg palsu.. Ke buat buat tak tau.. Walau ...
belon replied at 7-3-2020 12:46 PM
Adakah kita ni dah tak boleh berfikir.. Bezakan yg benar dan yg palsu.. Ke buat buat tak tau.. Walau ...
sarah82 replied at 7-3-2020 02:09 PM
Aku dok fikir the Royal Coup kejadahnya.. PH bukan sahaja GAGAL DENGAN CEMERLANG bila menjadi keraja ...
Tinot7 replied at 7-3-2020 02:17 PM
Setelah membace dgn teliti semua sumber2 tu.. nama penulis tidak diletakkan. Dan memandangkan in ...
sarah82 replied at 7-3-2020 02:23 PM
Aku mohon SB ATM witch hunt PENGKHIANAT negara ni dan hadap kat mahkamah TENTERA biar jadi pengaja ...
ADVERTISEMENT