Sufian Suhaimi yang terkenal dengan lagu hit "Di Matamu" belum merasa terdesak untuk mencari cinta setakat ini, lapor BH online. Sufian, 27, anak kelahiran Johor ini amat komited dengan kerjanya sebagai artis. "Terbaru, saya lancarkan buku puisi, Di Matamu: Senandika Sufian Suhaimi... Jadi, masa saya sentiasa terisi," katanya. Buku puisi Di Matamu: Senandika Sufian Suhaimi mempunyai 66 sajak dan luahan merupakan cetusan idea yang diperolehinya ketika bersyair sewaktu Anugerah Juara Lagu(AJL) yang ke-33. Buku ini juga ditujukan khas kepada mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Proses menyiapkan buku ini mengambil masa. Buku ini adalah himpunan puisi Melayu. Saya juga hadiahkan puisi kepada negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya. Selain daripada kesibukan dirinya, Sufian juga sering mengisi ruang masanya dengan anak angkatnya Faeq Razeeq. Terkini, dia telah hadir dengan single Janji ciptaan Ikhwan Fatanna dan lirik nukilan Wan Salleh. Siapalah bakal dapat buka pintu hati Sufian selepas ini ya? - CARI Rujukan : bharian.com.my
|
gummiebear replied at 7-3-2020 12:49 PM
Senandika tu apa maksudnya? Malas nak google
biozipstar replied at 7-3-2020 12:09 PM
lagunya mcm kurang catchy tak masuk otak mcm lagu ctdk selalunya catch 1-2 part... perlu putus cinta ...
Tinot7 replied at 7-3-2020 01:04 PM
Nah! Iols tolong suapkan.. maksud mcm ckp syok sendiri
[se.nan.di.ka] |
epuepy replied at 7-3-2020 02:43 PM
Huii. Geli tgok gamba second tu. Berbulu2 badan, walaupun ai xde la berbulu sgt dgn dia ni.
Ke ni c ...
timah03 replied at 8-3-2020 12:20 AM
Belajar tinggi2.... Cari je lah kerja yg menjamin sampai tua......
kiah_mai_pulak replied at 7-3-2020 02:45 PM
dah tu kita nk kena mggelabah tetek lah ni?
ADVERTISEMENT