Takut dengan jangkitan Covid-19, dikatakan penduduk di China bertukar cara bersalam dengan cara menyentuh kaki yang memakai kasut. Sebuah video tular di laman sosial menunjukkan trend terbaharu itu apabila ramai mula menerima cara menyentuh kaki itu, berbanding salam dengan tangan.
Memetik laporan Daily Mail, ramai netizen di negara China berkongsi video cara bersalaman yang baharu itu menerusi laman sosial Weibo. Nampak mereka begitu ceria dan juga menghiburkan dengan cara tersebut. Malah, dikatakan hashtag 'Berhenti bersalaman' turut menjadi trending di media sosial susulan wabak Covid-19.
“Sekarang kita perlu mendapatkan kasut yang berkualiti. Mereka ini begitu kreatif,” kata seorang netizen. Pelbagai situasi berlaku yang dikaitkan dengan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada masa ini. Ini termasuklah memakai topeng berbentuk kostum, menghabiskan tisu di pasaran dan banyak lagi. Di samping itu, dikatakan di Iran orang ramai juga mula 'bersalaman' menggunakan kaki. Manakala, di Perancis ciuman pipi turut dilarang supaya tidak menyebabkan virus tersebut merebak. - CARI |
clarizsa replied at 6-3-2020 12:23 AM
Xyah nk bersalam sgt pun
I mmg x suka salam2 sentuh2 sapa pun dr dulu
Tapi itulah ada setengah aci ...
ADVERTISEMENT