Keji! Lelaki bukan saja tergamak mencabul dan meliwat anak perempuannya, malah merakam aksi jijiknya bersama mangsa berusia tiga tahun. Dalam kejadian antara jam 7 pagi hingga 3 petang itu, suspek, 25, mangsa diasuh suspek kerana isterinya bekerja. Sinar Harian melaporkan, perbuatan terkutuk lelaki itu terbongkar selepas isterinya menemui gambar berkenaan Ahad lalu selepas anak lelaki mereka berusia 4 tahun memberikan telefon bimbit suspek kepadanya. "Setelah telefon dibuka, isterinya ternampak gambar bogel anak mereka dalam telefon yang diambil pada 29 Februari. "Selepas diperiksa lagi, ibu mangsa mendapati terdapat banyak gambar perlakuan terkutuk itu. "Isteri suspek telah membuat laporan polis berhubung kejadian setelah suaminya tidak mengaku melakukan perbuatan itu," kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah.
Pemeriksaan ke atas mangsa berusia 3 tahun 10 bulan di Hospital Sultan Abdul Halim mendapati kesan merah di kemaluan mangsa, namun tiada kesan koyakan. Tambahnya, polis menahan lelaki itu di Simpang Ampat, Perlis kelmarin dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. - CARI
|
dudaberhias replied at 3-3-2020 10:35 AM
Mesti kecik sangat kan sampai boleh muat budak 3 tahun punya. Selayaknya lah meringkuk dalam penjara ...
InVendeTTa replied at 3-3-2020 06:39 PM
Kalo bende2 camni mesti kerja jobless man xpon penagih
Eh byk plak masa terluang kamu sampai pk b ...
domestobot replied at 3-3-2020 06:30 PM
laki tak kerja, harap bini kerja sara hidup, pastu kat rumah pegi cabul anak sendiri. memang setan.
ADVERTISEMENT