CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ingatkan Diva, Rupanya 'Masuk Air'" - Pengalaman Alif Satar Berlakon Dengan Che Ta

5-3-2020 09:58 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7709| Komen: 21|Original author: Oleh: natrahn

Description: Selain menjadi pengacara dan penyanyi, umum pasti mengetahui Alif Satar juga ada bakat berlakon. Ini dibuktikan dengan lakonannya sebagai Zafran dalam drama bersiri Pia yang menjadi sebutan ramai bebe ...

Kredit Foto -Instagram Alif Satar Dan Rozita Che Wan

Selain menjadi pengacara dan penyanyi, umum pasti mengetahui Alif Satar juga ada bakat berlakon. Ini dibuktikan dengan lakonannya sebagai Zafran dalam drama bersiri Pia yang menjadi sebutan ramai beberapa ketika dulu.

Terbaru, Alif bakal muncul dengan drama bergenre komedi aksi 'Family Spy' terbitan Astro. Drama itu turut dibintangi Che Ta, Sham Visa, Sharifah Shahirah, Datin Maria Farida, Nynaa Harizal dan Charis Chow.

Alif bagaimanapun tidak menyangka bekerjasama dengan Rozita Che Wan atau Che Ta menjadi sesuatu yang luar biasa dan menghiburkan. 




Kongsi Alif, meski kehadiranya dalam industri hiburan sudah mencecah 14 tahun, namun ini merupakan kali pertama bergandingan dengan pelakon wanita itu.

"Selama saya 14 tahun dalam industri, saya tak pernah jumpa dia (Che Ta) untuk berborak panjang dan duduk satu meja. 

"Walhal, industri hiburan tempatan kecil sahaja, saya tidak begitu mengenali dia sebelum ini," katanya yang dipetik dari Media Hiburan.




Alif juga mengagumi keperibadian Che Ta yang disifatkan peramah dan tidak kekok berkongsi ilmu lakonan. 

"Bekerja dengan Che Ta sangat seronok dan menghiburkan. Dia juga seorang yang baik. Kadang-kadang 'pecah perut' juga apabila dengar dia berleter dalam loghat utara.



"Saya sangkakan dia seorang diva dan diibaratkan seperti sebuah pasu bunga kurun ke-18 yang perlu dijaga dalam kaca bersama beberapa orang pengawal.

"Ia kelihatan sangat mahal dan perlu dilindungi sebaik mungkin.

"Tetapi, apabila masuk sahaja di set pengambaran, baru saya tahu dia seorang yang 'masuk air' dan sama-sama belajar untuk mendalami karakter dengan jayanya," ujarnya.

Family Spy akan disiarkan bermula 11 Mac jam 9 malam di saluran Astro Ceria (611) dan Astro Ceria HD (631). 

Bolehlah tengok sejauh mana chemistry Alif dan Che Ta dalam drama ni nanti. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ladybird910 5-3-2020 10:29 AM
Diva?diva xdak aih menghoyan2 lagu tu...Kg.com jaaa
Quote True-X 5-3-2020 10:46 AM
che ta tak tanggal bulu mata
Quote violetungu 5-3-2020 10:58 AM
Makin lama che ta dah ke muka rozie othman plak aku tgk..
Quote mizruncing 5-3-2020 11:02 AM
mcm best je. blh laa tgk nanti
Quote putericahaya999 5-3-2020 11:27 AM
Che ta jd mak dia ke
Quote Kuasaberganda 5-3-2020 11:30 AM
violetungu: Makin lama che ta dah ke muka rozie othman plak aku tgk..

hahaha. rozie othman dah lain dah muka la ni.
Quote whadda 5-3-2020 11:38 AM
melalui gambar je nampak classy.. bile bukak mulut so kampung  ala2 macik kepochi
Quote wanzulina 5-3-2020 11:56 AM
Mcm kampung people jer citer ni. boleh layan nanti
Quote husna_amal 5-3-2020 12:20 PM
Cerita genre family kira boleh la.
Quote dudaberhias 5-3-2020 12:35 PM
diva yang tak reti english.... memang kg.com la... last2 pencen jual pekasam balik kan che ta...
Quote innocentsangat 5-3-2020 01:01 PM
Mcm best. Nk tgkkkk. Haha
Quote RumiMenari 5-3-2020 01:28 PM
Kuasaberganda replied at 5-3-2020 11:30 AM
hahaha. rozie othman dah lain dah muka la ni.

3,4 kali gak i toleh tgk rozie othman jual air balang, kek kat area rumah i thn lepas kl x silap.. ada bazar 2 minggu..  iras2 che ta ni tp version tudung labuh
Quote serinegara 5-3-2020 01:32 PM
Oh, I ingat bebetul che ta masuk ke dalam air.
Quote alien88 5-3-2020 02:59 PM
mcm best ja citer ni.. nk tgk la nt
Quote diss69 5-3-2020 03:30 PM
Che ta ni mngkin jenis lawak jugak n suka ketawa..
Quote Kuasaberganda 5-3-2020 06:32 PM
RumiMenari replied at 5-3-2020 01:28 PM
3,4 kali gak i toleh tgk rozie othman jual air balang, kek kat area rumah i thn lepas kl x silap.. ...

melawati/setiawangsa/ukayperdana
Quote atiqah_bea 5-3-2020 06:35 PM
Iols suka tgk che ta dlm masterchef. Dlm masterchef je lah..tp bila sheols dh jadi RSO dah tak suka
Quote Cassieopeia 5-3-2020 07:33 PM
cheta jd nenekkan dlm ni huju nenek moden kau
Quote zeitabaei 5-3-2020 11:44 PM
Dia dgn org industri dan org kepentingan ok je kot x diva. Dia diva dgn peminat je . Cuma dia kalau nak amik kena minta izin .dia x bg ambil gambar candid. Iols pernah jumpa dlm 1 majlis open house. Assistant dia bgtau kalau nak amik gambar dgn cikta atau nak ambik gambar dia kena bgtau dia x mo candid or curi curi

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.059797 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top